Monday, August 4, 2014

MEMBINA KEPERIBADIAN ANAK-ANAK




Adalah perkara biasa di sekolah-sekolah kereta guru-guru di calar, di buang angin tayar , di sapu dengan cat malah dipecahkan cermin. Inilah keperibadian remaja sekarang yang amat terhakis. Oleh itu adalah tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk membina dan menggilap keperibadian anak-anak sejak kanak-kanak di rumah lagi. Di antara perkara yang perlu di tekankan ialah:

1. BUKAN SETAKAT MENASIHATI SAHAJA. Tunjukkan contoh keperibadian yang mulia dalam pergaulan sekeluarga seharian.

2. JADILAH MODEL TERBAIK. Anak-anak akan melihat perbuatan , percakapan dan cara kita berinteraksi dengan dunia . Inilah cara pembentukan keperibadian mereka.

3. HATI-HATI DENGAN APA YANG KITA HIDANGKAN KEPADA ANAK-ANAK . TV, Radio , bahan bacaan , musik amat mudah mempengaruhi anak-anak. Tapis bahan-bahan tersebut , terutama di rumah.

4. AJARKAN KEPERIBADIAN MUSLIM . Sebagai orang Islam kita banyak memiliki contoh dan petunjuk dari Al Quran , Hadis dan keperibadian Rasulullah SAW .

5. GUNAKAN PERKATAAN YANG POSITIF SAHAJA . Anak-anak saperti ‘ECHO’ . Apa yang kita laungkan itulah yang kita dapat semula.

6. SEMAIKAN PERASAAN SIMPATI TERHADAP ANAK-ANAK. Ajak mereka merasai masalah dan kesusahan orang lain.

7. AJARKAN MEREKA ERTI BERSYUKUR.

8. PERKENALKAN KONSEP AKIDAH DARI UMUR ANAK-ANAK SEAWAL MUNGKIN.

Semua perkara diatas hanya akan mampu dilakukan jika anda selalu berdamping dengan anak-anak. Oleh itu satu pengorbanan yang anda perlu lakukan ialah meluangkan masa sebanyak mungkin bersama mereka. Tidak ada jalan pintas.

Terima kasih . Berkorbanlah untuk keperibadian anak-anak kerana kita akan ditanya atas amanah Allah yang amat berharga ini. 







Sunday, August 3, 2014

SILATURRAHIM





Semalam pergi kenduri kahwin sepupu menikahkan anaknya di ENSTEK, berhampiran F1 Sepang . Memang seronok dapat ‘makan free’ . kambing bakar dan masak kuning lembu campur cendawan. Tapi yang lebih indah lagi ialah dapat bertemu keluarga beasr dari seluruh Semenanjung dan sekali gus merapatkan silaturrahim.

Firman Allah , “Bertaqwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) namaNya kamu salaing meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim ( An Nisa’- 1 )
Diantara keutamaan silaturrahim :

1. Merupakan sebahagian dari konsekuensi Iman dan tanda-tandanya.

2. Mendapatkan keberkatan umur dan rezeki.

3. Salah satu penyebab utama masuk syurga dan jauh  dari api neraka.

4. Amalan yang paling dicintai oleh Allah dan paling utama.

Amalan mengeratkan silaturrahim ini bukan saja perlu dilakukan semasa majlis-majlis perkahwinan atau ‘Hari Raya’ , malah perlu dilakukan sekerap yang mungkin.Terima kasih kerana menziarahi saya di blog ini semoga anda dapat mengeratkan hubungan silaturrahim anda dengan mereka yang berkaitan.








Friday, August 1, 2014

ISTIQAMAH SELEPAS RAMADHAN





Selalunya pada setiap Ramadhan amalan baik kita akan meningkat , tetapi bagaimana kita boleh meneruskannya atau mempertingkatkannya hingga ke Ramadhan akan datang. Berikut ada beberapa cadangan :

1. Banyakkan berdoa, memohon pertolongan Allah.

2. berkawan dengan mereka yang komitted dengan kebaikan.

3. Lebih baik tuliskan matlamat anda supaya dapat dilihat pada setiap hari.

4. Berdailog dengan diri sendiri, sebagai memberi peransang atau peringatan.

5. Bayangkan ganjaran pahala yang menunggu anda di Syurga kelak.

Kalau kita sungguh-sungguh ingin istiqamah dengan amalan-amalan yang kita telah mulakan pada Ramadhan baru ini, InshaaAllah , Allah akan membantu kita.

Terima kasih kerana meluangkan masa dalam kesibukan Raya.