Thursday, July 3, 2014

TANDA –TANDA KERAS HATI




Di zaman yang serba moden ini, berbagai peralatan telah dicipta untuk mengesan sebarang kerosakan, kesakitan, kepalsuan dan barang-barang yang di sembunyikan hinggakan ada satu alat ‘LIE DETECTOR’ digunakan untuk mengesan sama ada seseorang bercakap benar  atau tidak.

Macam mana dengan hati? Kalau hati lembu kita masak dan makan sahaja , sudah tahu sedap atau tidak.

Untuk mengetahui hati manusia hati kita keras atau tidak lihat pada petanda berikut :

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan. Firman Allah bermaksud :

“Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak ( pula) menafkahkan ( harta) mereka melainkan dengan rasa enggan” ( At Taubah :54 )

2. Tidak tersentuh oleh ayat-ayat Al Quran

3. Tidak tersentuh dengan ayat Kanniyah , Peristiwa yang memberikan pengajaran saperti kematian , sakit , bencana dan sapertinya.

4. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

5. Kurang mengagungkan Allah . Iman bertambah lemah . Tidak mengenal maaruf, serta tidak peduli terhadap kemaksiatan.

6. Kegersangan hati. Selalu gundah terhadap segala keadaan.

7.Kemaksiatan berantai. Melakukan dosa demi dosa hingga susah untuk melepaskan diri.

Terima kasih atas perhatian dan selamat berpuasa.







Wednesday, July 2, 2014

CERGAS DI BULAN RAMADHAN





Kita tidak dapat mengelakkan perasaan lemah, letih dan mengantuk di bulan Ramadhan. Walaupun itu diantara sebab-sebab dijadikan Ramadhan untuk kita merasai kesusahan yang dialami orang lain, tapi kita boleh mengurangkan keletihan tersebut. Diantara tips pemakanan Ramadhan yang baik diikuti adalah saperti berikut :

1. Banyakkan minum selepas berbuka dan sebelum sahur, 2.5 liter untuk lelaki dan 2 liter bagi perempuan.

2. Berbuka dengan perlahan , jangan makan dengan gopoh dan banyak sekali gus. Mulakan dengan yang manis saperti kurma. Ikuti dengan yang panas atau suam saperti sup dan jus buah buahan.

3. Makan ikut khasiat , bukan ikut sedap. Imbangkan makanan anda.

4. Elakkan makanan yang banyak garam atau terlalu banyak gula .

5. Riadah. Lakukan senaman ringan dimana yang sesuai.

Hati-hati di bulan suci, jangan makan sampai pengsan.

Terima kasih.








Tuesday, July 1, 2014

PENERUSAN TABIAT BAIK SELEPAS RAMADHAN




Tahniah , anda telah banyak meningkatkan tabiat baik anda dalam bulan Ramadhan ini. Di antara tabiat yang perlu di tingkat dan diteruskan adalah :

- Tidak meninggalkan solat solat wajib

- Solat berjemaah

- Hormat menghormati

- Taubat

- Puasa ( termasuk puasa sunat sesudah Ramadhan)

- Selalu berdoa

- Bersedekah

- Memberi orang miskin makan dan membantu anak yatim

- Ziarah menziarahi

- Menziarahi orang sakit

- Bangun sebelum subuh

- Tidur awal

- Makan sederhana dan memakan makanan sihat

- Memaafkan orang lain

- Bersyukur dan berterima kasih

- Rendah diri

- Sabar

- Empati ( merasai masalah orang lain )

Bagaimana kita dapat untuk meneruskan ( istiqamah ) amalan- amalan baik tersebut? Diantara tips yang boleh kita lakukan Ramadhan ini :

1. ILMU – Kita perlu memahami mengapa amalan-amalan tersebut baik untuk kita.

2. BULAN TAMBAH POWER ‘CHARGING’ -  Gunakan sepenuhnya

3. TINGGALKAN AMALAN BURUK

4. PASANG NIAT, TAUBAT DAN MOHON DOA

5. FIKIR DENGAN SERIOUS TENTANG AMALAN BURUK ANDA , IMPLIKASINYA – Dunia dan akhirat

6. MULA KECIL-KECILAN TAPI BERTERUSAN 

7. MOHON BANTUAN DAN RUJUK MEREKA YANG TELAH BERUBAH

8. PERTANGGUNG JAWABKAN DIRI ANDA

9. MISALKAN SETIAP HARI ANDA ADALAH HARI TERAKHIR ANDA HIDUP.

Selamat berusaha , semoga kita semua dikurniakan sifat istiqamah oleh Allah SWT.

Terima kasih.