Monday, August 25, 2014

SOLAT JEMAAH





Kelebihan solat berjemaah dan membaca Al Quran sudah tidak perlu kita bahaskan lagi. Semua orang mengetahui kelebihannya.  Tetapi kalau manusia yang cacat saperti diatas tadi istiqamah untuk solat berjemaah di mesjid, membaca Al Quran walupun tidak fasih, Allah sajalah yang boleh menilai ganjarannya.
 
Titiskanlah air mata anda. Air mata simpati kita. Terima kasih dan jangan lupa sebarkan pengalaman anda ini. 








Sunday, August 24, 2014

MANTAPKAN KEISLAMAN ANDA




Rata-rata kita semua berhajat untuk memperbaiki keIslaman masing-masing . Oleh kerana beberapa faktor, kita masih tertangguh untuk berubah. Berikut di sampaikan tips yang mungkin boleh membantu kita semua. Seringkas yang mungkin. Kemudian anda ikutilah dengan penambahan ilmu dari sumber-sumber yang boleh di yakini. 

23 cara-cara memantapkan keIslaman:

1. Mantapkan akidah anda. Yakin pada Allah seyakin-yakinnya.

2. Solat di awal waktu.

3. Solat malam ( Tahajjud)

4. Sentiasa menyebut nama-nama Allah ( zikir )

5. Selalu bersyukur.

6. Jaga maruah dan akhlak anda.

7. Tunaikan janji.

8. Hormati pendapat orang lain.

9. Berpuasa kerana Allah.

10. Jangan sesekali menipu.

11. Kasihi keluarga.

12. Berusaha kea rah merapatkan ukhwah.

13. Berkasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah juga alam sekitar.

14. Kasihi ibu bapa anda.

15. Jangan terlalu berduka cita dengan kematian yang tersayang.

16. Jangan membuang masa.

17. Banyakkan membaca al Quran.

18. Tambahkan ilmu walupun dari musuh.

19. Fikir secara betul. Jangan merapu.

20. Jaga kebersihan , badan dan persekitaran.

21. Bersungguh-sungguh membantu orang miskin dan anak yatim.

22. Bertaubat segera jika melakukan dosa.

23. Patuhi dan yakin Al Quran dan Hadis seratus peratus.

24. Cari ilmu Islam anda dari sumber yang betul dan di yakini.

Sama-sama kita berusaha kearah yang lebih baik. Untuk penambahan maklumat kita ikuti:

 “Change yourself- become a better Muslim “ Shahbaz Mirza 



Seterusnya :

“ 3 goals to be a better Muslim – Nouman Khan 



Terima kasih.

Saturday, August 23, 2014

JAMUAN RAYA LAGI




Jamuan Raya bertambah hebat bila Syawal hampir berakhir.Semalam saya sempat pergi ke dua buah rumah sahaja, tetapi merata-rata kelihatan ramai yang mengadakan jamuan tersebut di taman masing-masing. 

Jamuan sedap-sedap belaka hingga hari ini sakir seluruh badan, terlalu banyak makan agaknya. Sebagai ualangkaji, saya tuliskan sedikit tentang perkara sunat semasa makan :

1. Basuh kedua tangan.

2. Hamparkan kain atau lapik meja.

3. Baca Bismillah.

4. Makn dengan tangan.

5. Mula dengan makanan yang hampir dengan anda.

6. Makan dengan tiga jari kalau boleh, ini memudahkan penghadaman dan mengelakkan dari tercekik.

7. Makan hingga pinggan licin, jangan membazir.

8. Makan juga makanan yang terjatuh ke lapik meja.

9. Jangan mencela makanan.

10. Jangan meniup makanan.

11. Jangan bersandar semasa makan.

12. Baca doa selepas makan.

13. Bersihkan mulut. Berkumur-kumur.

14. Basuh tangan sesudah makan.

Untuk sedikit penambahan tentang cara pemakanan di musim Raya , ikuti petikan dari Rancangan TV3 berikut – Wanita Hari Ini :



Terima kasih kerana sama-sama mencari kebaikan di dunia sebagai persiapan kita di Akhirat nanti. Sebarkan sebanyak mungkin.