Monday, February 3, 2014

TAMAN TAMAN SYURGA





Tempat-tempat manusia berehat, bergembira dengan keluarga selalunya dikaitkan dengan keindahan alam semula jadi : taman , hutan, pantai dan sungai-sungai dengan air yang jernih, kawasan luas dan lapang, udara yang nyaman . Suasana ini dapat memberi manusia nikmat, ketenangan dan kegembiraan.





Rumah rumah di dunia pun di hias dengan taman-taman dengan harga yang mahal semata-mata untuk menikmati ketenangan sementara di dunia ini. Kadang-kadang penjagaan taman itu terlalu memakan masa yang lama hingga terleka dari melakukan ibadat yang boleh mendapatkan mereka taman yang kekal di Syurga.





 Saperti yang dikatakan dalam Al Quran , Surah Al Buruuj ayat 11 bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih , mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, yang demikian itu ialah kemenangan yang besar”

Dan Surah Ar Rahman ayat 48 bermaksud :

“ ( Dua Syurga ) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan”

Di samping kita mengindahkan taman dan dusun kita di dunia ini , jangan abaikan usaha kita untuk bertemu di taman yang kekal nanti – Syurga Allah.

Terima kasih dan jumpa lagi Inshaa Allah.










Sunday, February 2, 2014

HELLO ! SAYA SEDANG SOLAT





Baru-baru ini beberapa orang Jemaah Surau berjumpa saya supaya membuat pengumuman :
“Tolong matikan hand phone anda”( kepada Jemaah Surau ). Kebelakangan ini banyak sangat handphone  berbunyi semasa solat”. Kata mereka , “Kalau tengah periksa di sekolah atau universiti pun anda mungkin di halau keluar kalau handphone berbunyi , inikan pula kalau kita sedang menghadapi Allah”. Kemudian saya pun membuat sedikit pencarian.

Deringan handpone di tengah solat dan tidak segera mematikannya adalah tidak boleh dan mendatangkan banyak keburukan , diantaranya :

1. Menganggu kaum Muslimin  yang sedang solat , hukunmya haram, Allah berfirman bermaksud :

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” ( Al Ahzab 33 ayat 58 )

2. Deringan handphone semasa solat merupakan perkara yang tidak ada faedah lansung.

3. Perbuatan itu menunjukkan mereka tidak mengagungkan Allah lansung , mengapa mereka matikan hanphone semasa mesyuarat atau berjumpa dengan orang-orang ‘besar’

4. Menodai kehormatan Mesjid

5. Lebih parah lagi apabila nada dering itu adalah musik dan nyanyian. Haramnya berlipat ganda.

Terima kasih dan jangan lupa mematikan handphone anda bila memasuki Mesjid atau Surau.






Saturday, February 1, 2014

BARANG HILANG




Petang tadi seorang sahabat saya mengatakan dia kehilangan barang-barang kemas isterinya. Dia bertanya adakah kaedah-kaedah Islam yang boleh membantu dalam pencarian tersebut. Saya buat beberapa pencarian dan terjumpa kaedah dari blog “Pembelajaran seumur hidup” saperti berikut:

1. Berdoa dalam hati , ":Ya Allah beri hamba petunjuk dimana barang tersebut berada”

2. Baca “ Lahaula wala quwata illa billah”

3. Baca selawat “ Allahumma Syalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad”

4. Baca ayat Al An’aam  (6) ayat 103 bermaksud :


“ Dia tidak dapat di capai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui” berulang kali hingga barang itu dijumpai.

5. Jika sudah di jumpai baca “Alhamdulillah hirobil alamin”

Jika barang tersebut masih di kawasan rumah atau pejabat anda , In shaa Allah ia akan di jumpai.

Selamat mencuba dan terima kasih.