Maka terdirilah sebuah rumah
tangga yang indah, walaupun mereka membesar dalam dua keadaan yang amat berbeza
dan tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Jika mereka kembali menetap
dikampung pengantin lelaki, sudah tentu banyak ‘cerita’ yang akan terbongkar ,
ini akan menyulitkan perkembangan rumah tangga bahagia. Maklumlah orang kita
ini, kalau bertemu dengan jiran-jiran banykalah ‘sejarah’ akan terbongkar.
Oleh itu dengan nekad , si
suami mencadangkan mereka akan berhijrah ke Shah Alam. Di sana mereka akan
memulakan hidup baru dan akan menerima apa saja ketentuan Allah demi
kebahagiaan dan kesempurnaan kehidupan anak-anak masa depan.
Dengan izin Allah si isteri
dapat bekerja di sebuah kilang dan si suami dapat bekerja di sebuah hotel
sebagai ‘kitchen helper’ , mencuci pinggan mangkok dan kerja-kerja am di dapur.
Bak kata orang Melayu , hari
berganti minggu, minggu berganti bulan dan seterusnya.
Satu hari, pemuda yang
bekerja sebagai pencuci pinggan ini terbaca satu iklan di hotel – Jawatan kosong
“Public Relation Officer” ( Pegawai Perhubungan Awam).
Sambil mencuci pinggan
bersama kawan kawan dia menyampaikan hasratnya untuk memohon jawatan tersebut.
“Kau gila ?” perkataan yang
pertama di terimanya dari seorang kawan.
“Kerja macam kita ni, cakap
orang putih pun tak tau,nak duduk ofis? Nak mesyuarat? Nak tulis surat ? Nak ikat ‘tie’ ( tali leher
) pun kena belajar sebulan agaknya”. Bertubi-tubi ayat-ayat negatif di
lontarkan kawan-kawan.
Pencuci pinggan yang nak
memperbaiki diri itu menjawab dengan tenang,
“Aku akan cuba . Kita cuba
bersungguh-sungguh , Allah yang akan menentukan kita berjaya atau tidak”
Beberapa minggu kemudian dia
di panggil untuk temuduga. Terpaksalah beli sehelai baju baru dan seluar baru
untuk membezakan dari seorang pencuci pinggan kepada seorang yang berpotensi
untuk menjadi seorang pegawai perhubungan hotel yang ternama.
Esok temuduga inshaaAllah.
No comments:
Post a Comment