Statistiks menunjukkan ramai pasangan beragama Islam di seluruh negara yang berkahwin dalam tempoh
2005 hingga 2010 kini telah bercerai ( sumber utusan online).Di Selangor pula
pada tahun 2013 penceraian umat Islam melibatkan 6,035 kes.
Banyak ceramah , artikal,
buku dan teori telah dikemukakan untuk menguatkan perkahwinan yang rapuh ini. Di
antaranya saya terjumpa ceramah oleh Mufti Ismail Menk yang berasal dari
Zimbabwe. Beliau mengemukakan teori ‘T’ berikut :
1. TAQWA – Pasangan mestilah
tinggi nilai TAQWA nya.
2. TRUST - KEPERCAYAAN antara suami isteri
3. TIME - Banyakkan WAKTU bersama
4. TONGUE – Gunakan LIDAH
mengucapkan kata kata lembut kepada pasangan
5. TEMPER – Kawal KEMARAHAN anda.
Sentiasa bersabar.
6. TALK – Banyakkan BERBUAL dirumah
. Jangan diam menyendiri.
7. TRUTHFULLNESS – Sentiasa bercakap
BENAR
8. TOLERENCE – Sentiasa ber
TOLERANSI antara suami isteri.
9. THANKS AND GRATITUDE –
Selalu ber TERIMA KASIH
10. THOUGHTFULLNESS –
BERTIMBANGRASA dan hati-hati antara suami isteri.
11. TROUBLEMAKER – Jauhi dari
‘LALAT MERAH’ dan mereka yang suka mengadu domba.
12. TECHNOLOGY – Gunakan alat-alat
TEKNOLOGI ( phone dan computer) kearah
kebaikan dan memberi semangat dan tunjuk ajar antara pasangan.
13. TEA – Selalu cari masa
untuk minum bersama
14. TAHAJJUD – Selalu bangun
malam untuk solat TAHAJJUD , memohon keberkatan dan keamanan rumah tangga
kepada Allah
Mufti Menk mengakhiri
ucapannya dengan nasihat “ Jadilah orang yang terbaik semampu anda, kerana kita
semua akan mati”
Jika ada kebaikan ,
sampaikanlah kepada mereka yang disayangi . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment