Sunday, June 22, 2014

KAIN BURUK PENGUBAT RINDU




Pagi tadi di Surau saya diadakan gotong royong . Maklukmlah puasa sudah hampir . Banyak sawang dan kipas-kipas yang perlu dibersihkan.

Tiba-tiba saya ternampak seorang ahli jemaah sedang bersungguh-sungguh membersihkan cermin tingkap. Dia kelihatan diantara sedih dan gembira. Lantas saya bertanya “Ada apa Haji ?” Dia menjawab “ Kain buruk ini adalah pakaian arwah isteri saya”

Sesudah memberi beberapa kata rangsangan, saya teringat kisah perbualan diantara Rasullullah SAW bersama isterinya Khadijah :

"Wahai khadijah kenapa kau menangis?
adakah kau menyesal bersuamikan aku?
dahulu kau kaya dan mulia tapi hari ini semua menjauh daripadamu dan
seluruh kekayaanmu habis. adakah kau menyesal bersuamikan aku?"

Jawab Siti Khadijah r.a

"Wahai Nabi, bukan itu yg aku tangiskan,
segala kemuliaanku telah ku korban kerana Allah dan RasulNya,
segala harta kekayaanku telah ku habiskan kerana Allah dan RasulNya,
tapi sekarang aku tidak punya apa-apa lagi..tapi engkau masih terus dengan kerja ini.

Wahai Rasulullah, kiranya aku telah mati dan perjuangan mu masih belum selesai
dan ketika itu engkau memerlukan senjata atau jambatan untuk kau menyeberangi lautan dan sungai, maka engkau gali lah kuburku, engkau ambillah tulang-belulangku untuk kau jadikan senjata dan jambatan.

supaya engkau sampai untuk berjumpa manusia
kenalkan mereka kepada Rabb dan kebesaranNya.
supaya mereka mentaati Allah swt
supaya mereka dapat mengamalkan agama Allah
supaya mereka selamat dunia dan Akhirat."

Kalau ditanya “Apakah sumbangan kita terhadap Islam ?” Kita jawablah masing-masing.

Terima kasih dan bersiaplah menghadapi Ramadan.









No comments:

Post a Comment