Saturday, June 14, 2014

BARU KU TAHU BAHAGIAN 2




BARU KU TAHU – Keputusan yang di buat dengan tergopoh gapah boleh memberi anda “sakit kepala” seumur hidup.

BARU KU TAHU – Ia mengambil masa yang lama untuk membentuk peribadi kita ke arah “keperibadian yang mantap” yang kita inginkan.

BARU KU TAHU  - Kita mesti berpisah dengan orang-orang yang di kasihi dengan kata-kata manis dan kasih sayang, kerana itu mungkin kali terakhir kita berjumpa dengannya.

BARU KU TAHU – Kita bertanggung jawab atas apa yang kita lakukan, walau apapun perasaan kita.

BARU KU TAHU – Kita mesti mencorakkan sikap kita kalau tidak sikap akan mencorakkan kehidupan kita.

Baru saya tahu , saya banyak terhutang budi kepada anda yang membaca blog ini. Terima kasih.









No comments:

Post a Comment