Monday, June 30, 2014

PEROSAK HATI




Imam Ibnul Qayyim menggariskan ada 5 perkara yang boleh merosakkan hati :

1. BERGAUL DENGAN KUMPULAN YANG SALAH – Oleh itu di akhirat kelak ramai yang menyesal atas pergaulan mereka di dunia . Allag berfirman dengan maksud :

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa” ( Az Zukhruf: 67 )
Oleh itu pergaulan yang paling tinggi tingkatannya ,jika motivasi persahabatan itu untuk mendapat kecintaan dan redha Allah.

2. HANYUT DALAM ANGAN-ANGAN KOSONG – Angan-angan kosong adalah kebiasaan bagi orang-orang yang berjiwa kecil dan rendah. Melayan perasaan hingga tenggelam dalam alam angan-angan sahaja. Adapun angan-angan kosong itu tipu daya belaka. Nabi SAW memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. BERGANTUNG KEPADA SELAIN ALLAH  - Allah berfirman dengan maksud :

“Janganlah kamu adakan Tuhan lain selain Allah agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan Allah”( Al Isra’ :22 )

4. MAKANAN – Terbahagi kepada 2 bahagian :

a) Haram kerana zatnya, saperti babi, anjing dan lain-lain
b) Haram kerana cara mendapatkannya. Saperti di curi, di tipu dan hasil-hasil haram yang lain.

5. TERLALU BANYAK TIDUR – Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan dan menghabiskan waktu dan melemahkan daya fikiran.

Oleh itu sama-samalah kita mengelakkan amalan yang merosakkan hati ini, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih.








No comments:

Post a Comment