Setiap orang Islam sentiasa
mendoakan keberkatan bagi diri , keluarga dan orang Islam keseluruhannya.
Keberkatan dari Allah bermaksud tumbuh atau bertambah. Ini bererti berkat
adalah kebaikan yang bersumber dari Allah sehingga apa yang diperolehi dan di miliki
bertambah besar manafaatnya.
Keberkatan selalunya di
berikan kepada orang-orang yang betul-betul beriman , kebiasaannya dalam tiga
bentuk :
1. BERKAT DALAM KETURUNAN-
Allah mengurniakan kita generasi yang soleh. Yang kuat imannya. Luas ilmunya
dan banyak amal solehnya. Sehat tubuh badan. Kuat jati diri dan cepat matang
dalam berfikir.
2. BERKAT DALAM SOAL MAKANAN
– Allah sentiasa mengurniakan makanan yang halal lagi bersih. Bukan saja halal
dari zat makanan tersebut,tetapi halal cara mendapatkannya. Makanan yang halal
ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi memberi kekuatan untuk beribadat
sekaligus membuktikan ketaqwaan kepada Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud :
“ Dan makanlah makanan yang
halal lagi baik dari apa yang telah Allah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya” ( 5:88 )
3. BERKAT DALAM SOAL WAKTU –
Umat Islam yang diberkati waktunya dapat manafaatkan waktu untuk kebaikan
samada semasa mencari harta, memperluaskan ilmu, menambah amal solah atau
bergaul secara damai bersama keluarga. Mereka yang rugi dalam penggunaan waktu
telah diberiyahu dalan Al Quran ertinya :
“Demi masa , sesungguhnya
manusia itu benar-benar dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (103:1-3)
Kunci keberkatan ada dua ia
itu IMAN dan TAQWA yang benar .
Terima kasih atas perhatian
anda semoga Allah memberkati kehidupan anda juga.
No comments:
Post a Comment