Friday, June 13, 2014

BARU KU TAHU BAHAGIAN 1




BARU KU TAHU – Kita tidak boleh memaksa manusia mengasihi kita. Kita hanya boleh berakhlak supaya kita boleh dikasihi. Seterusnya terserahlah kepada mereka.

BARU KU TAHU – Sebanyak mana pun aku menjaga hati manusia , tetapi mereka tidak menjaga hati aku.

BARU KU TAHU -  Untuk membina keyakinan manusia , ia mengambil masa yang amat panjang . tetapi ia mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menghancurkan keyakinan tersebut.

BARU KU TAHU _ Kawan yang sangat rapat dengan kita pun sesekali akan menggores perasaan kita. Kita mesti sedia memaafkan mereka.

BARU KU TAHU – Bukan apa yang kita ada yang berharga , tetapi siapa yang kita ada lebih berharga.

BARU KU TAHU – Kita tidak boleh membandingkan kelebihan orang lain denga apa yang kita ada.

Baru saya tahu anda memberi sumbangan moral dengan membaca blog ini. Terima kasih.







No comments:

Post a Comment