Thursday, April 30, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 8



Untuk mengakhiri siri kisah benar kita ini, kita akan cuba mengambil beberapa pengajaran dari watak-watak utama dalam cerita ini. Jika ada sebarang kebaikan kita jadikan contoh dan ikutan dan sebarang keburukan kita jadikan sempadan.

Kita juga tidak bertujuan menghukum karakter-karekter dalam kisah ini, kita cuma melihat dari luar sahaja. Sebab-sebab mereka lakukan apa yang mereka lakukan hanya Allah yang mengetahui.

1. Karakter utama , walaupun mengharungi pelbagai ujian, tetapi tetap tidak berputus asa, hingga mencapai kejayaan.

2.  Karakter utama juga kembali solat dan membaca al Quran – itulah sebaik-baik ubat. Sesat di hujung , kembali ke pangkal jalan.

3. Ibu bapa pemuda – mereka hampa dengan anak yang tidak ‘berjaya’ sekembali dari Amerika , tetapi mereka tidak sepatutnya ‘membuang’ anak tersebut.

4.  Peraih kelapa- sentiasa membantu orang dalam kesusahan , walaupun seolah-olah tiada harapan. Allah sahaja yang dapat menilai pertolongan beliau.

5.  Isteri pemuda , menerima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa , akhirnya hidup berjaya dan bahagia.

6. Kawan-kawan pemuda pencuci pinggan sepatutnya sentiasa memberi galakan dan berusaha memperbaiki diri bukan memberi kata-kata negatif.

7. Pegawai Hotel tidak memandang rendah terhadap seorang pencuci pinggan yang meminta jawatan yang lebih tinggi- tetapi berjaya mencungkil bakat terpendam hingga meletakkan pemuda tersebut ditempat yang sepatutnya.

Oleh itu,  ia amat mustahak bagi kita tidak terus menghukum sesuatu, tetapi melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan jangan seskali berputus asa. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar.

Sekian . Terima kasih atas kesabaran anda mengikuti kisah benar ini.

Tuesday, April 21, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 7




Pegawai Perhubungan Awam yang baru pun sibuk menjalankan tugas. Segak bergaya, dengan tali leher dan pakaian kemas- mempamirkan satu keterampilan yang amat berbeza. Ramai yang berselisih dengan beliau, lalu tanpa menyapa, sebab sudah tidak mengenali beliau lagi.

Pihak pengurusan Hotel pula telah mengetahui latar belakang pegawai tersebut, yang pernah belajar di US dan tinggal di sana selama enam tahun.

Segala-galanya tidak sudah tidak menjadi rahasia lagi. Pihak Pengurusan memberi ruang kepada Pegawai Perhubungan Awam yang barunya untuk mempamirkan segala lulkisan beliau semasa di US dulu.

Di Pameran inilah beliau bertemu semula dengan sahabat lama beliau semasa disekolah menengah, dan akhirnya ‘MERAWIKAN’ ( menyampaikan) cerita ini kepada saya.

Mereka kerap berjumpa mengenang kisah lama, kadang-kadang dari selepas solat Isyak hinggalah ke jam satu pagi.Satu drama hidup, kisah benar dan berakhir dengan ‘happy endings’ .

Esok kita akan cuba mencari beberapa pengajaran dari kisah benar ini untuk dijadikan ikhtibar. InshaaAllah. Terima kasih.

Thursday, April 16, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 6





Hari yang di nanti-nanti . Hari temuduga. Mampukah pemuda pencuci pinggan meyakinkan penemuduga yang dia layak menjawat jawatan pegawai perhubungan awam hotel tersebut ?

Kawan-kawan mengiringi pemergiannya untuk temuduga dengan senyuman sinis sahaja maklumlah perbuatan yang dianggap tidak ‘masuk akal’ . Walau bagaimanapun ada juga yang mendoakan kejayaan kepada beliau.

Temuduga bermula :

Penemuduga : “Take a seat”.

Pemuda : “Thank you Sir!”

Penemuduga: “What make you want to apply for this job ?”

Pemuda : “Well Sir. I have been washing plates in this hotel for sometimes , I have seen the running of this hotel and I think with some help and advice from you , I will be able to carry out my duty well, god’s willing Sir”

Penemuduga: “You speak very good English ,sounds like the Americans, did you study overseas?”

Pemuda : “No Sir,” ( Dia merahasiakan kisah sebenar )

Penemuduga: “Then how did you manage to speak very good English ?”

Pemuda: “Well , I learned by watching TV and singing karaoke at home Sir”

Penemuduga; “But you cannot be this good just by watching TV”

Pemuda tersenyum malu sahaja.

Sesudah temuduga berlansung beberapa lama, pemuda tersebut dapat meyakinkan penemuduga yang dia layak untuk menjawat jawatan tersebut.

Penemuduga: “Well, we are satisfied and convinced with the way you performed  in the interview. We are offering three months probation. We hope you can perform and continue with us”

Penemuduga meneruskan keraguannya . “But I think you are hiding something from us. You are too good to be true. We will continue our investigation , who are the real you?”

Pemuda tersenyuk lagi, terus bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas perlantikan beliau.

Segala-galanya mungkin dengan izin Allah. Esok hasil siasatan pihak pentadbiran hotel. InshaaAllah.

Terima kasih kerana masih mengikuti kisah benar ini dan sampaikanlah mereka yang memerlukan motivasi dan ransangan supaya mereka juga turut berjaya.