Friday, September 26, 2014

ISLAM ADALAH SEGALANYA




Zaman sekarang , orang-orang Islam bertungkus lumus untuk memberi anak-anak mereka pendidikan. Alhamdulillah . Di beri makanan terbaik. Sekolah terbaik. Tution tambahan . Peralatan computer dan lain-lain. Malangnya banyak yang mengabaikan pendidikan dan amalan agama.

Ibu bapa akan bercerita bahawa anak-anak mereka sedang belajar kedoktoran, perundangan , kejuruteraan dan lain-lain. Malangnya kadang- kala anak-anak itu tidak menutup aurat lansung dan tidak dibincangkan lagi tentang solat dan amalan-amalan wajib yang lain.

Pada kita , ISLAM ADALAH SEGALANYA . Jika anak kita seorang buruh sekalipun , adalah lebih baik daripada seorang doktor yang tidak taat pada Allah. Kita ikuti video ringkas Imam Siraj Wahhaj berikut :



Ringkas tapi padat. Mudah difahami dan mudah mudahan dapat diamalkan. Terima kasih atas perhatian dan waktu anda. Lebih indah kalau kita sama-sama sebarkan mesej ini.










Wednesday, September 24, 2014

JANGAN KATAKAN ‘TAK BOLEH’




Salah satu ciri positif yang kita mesti semaikan pada anak-anak ialah jangan sesekali mengatakan ‘TAK BOLEH’

Kebanyakan anak-anak kita bila di suruh ‘score ‘ matematik , dijawab tak boleh. Suruh cemerlang sains- susah. Suruh berpidato atau mengaji al Quran dikatakan ‘payah’.

Tapi bila merempit – boleh pulak. Ponteng sekolah – no problem. Saya pernah lihat murid perempuan pakai baju kurung memanjat pagar sekolah untuk ponteng. Jadi sama-samalah kita semaikan semangat sanggup mencuba dalam semua perkara yang baik-baik.

Mungkin video berikut boleh menambah lagi semangat anak-anak dan dan semangat kita sendiri untuk hidup lebih positif. Saya sendiri mengalirkan air mata semasa menontonnya.



Terima kasih kerana tidak mengatakan ‘tak boleh’ dan terus menonton video tadi. 









Tuesday, September 23, 2014

SELFIE




Zaman sekarang ini macam-macam perkara yang kita temui dan dengar . Diantaranya ialah perkataan ‘Selfie’ yang bermaksud mengambil gambar sendiri dan di ‘post’ online saperti Facebook atau Instagram.

Perkataan ‘selfie’ ini dikatakan mula digunakan pada tahun 2005 oleh designer/  photographer Jim Krause. Walau bagaimanapun, bila sesuatu dilakukan dengan keterlaluan , ia banyak mendatangkan keburukan, mengikut Sheikh Hamzah Yusuf:




Bagi kita , mengambil tahu akan setiap perkembangan dimuka bumi ini adalah mustahak, supaya kita dapat mengetahui mana yang baik dan sebaliknya. Kemudian terus menasihati dan membimbing manusia ke jalan yang benar.
 
Terima kasih atas usaha anda yang tidak putus-putus mencari ilmu. Hanya Allah yang akan memberi ganjaran bagi anda.