Saturday, January 25, 2014

CARA UNTUK MENJADI GADIS ISLAM YANG BAIK





Ramai gadis-gadis Islam di negara kita yang dah terlanjur atau pun tercari-cari untuk kembali ke pangkal jalan. Allah maha pengampun dan penerima taubat, oleh itu pintu taubat sentiasa terbuka. Cubalah langkah-langkah berikut untuk merubah diri anda kearah  seorang Islam yang sempurna:

1. Fahamlah anda boleh berubah dengan izin Allah , walaupun anda rasa anda telah menyimpang jauh.

2. Cari penyebab anda membelakangi agama , jika keluarga atau kawan-kawan jadi penyebab , ingatlah mereka tidak akan bersama anda dihari pembalasan.

3. Tutuplah aurat ( Hijab ) dengan sempurna jika anda ingin berubah.

4. Solat lima waktu sehari semalam.

5. Baca Al Quran bersama terjemahannya

6. Dalami ilmu-ilmu Islam

7. Peruntukkan waktu setiap hari untuk aktiviti Islam saperti solat , menambah ilmu dan merapatkan hubungan dengan Allah.

8. Berpakaian dengan sopan dan sempurna.

9. Berdamping dengan kawan-kawan yang berakhlak baik, terutama yang sama matlamat dengan anda.

10. Elakkan pengaruh negatif , termasuk kawan-kawan lama anda , walaupun ini memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih.

11. Maafkan diri anda dan mohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang lalu.

12. Perhatikan kelemahan anda dan tumpukan masa untuk memperbaikinya.

13. Jangan gopoh untuk berubah , buat selangkah demi selangkah tapi berterusan.

14. Cari suami yang soleh supaya dia dapat membantu anda dan mendidik anak-anak kejalan yang benar.

Ingatlah Islam tidak melarang anda untuk berhibur atau bergembira , tetapi ia mestilah tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Islam.

Terima kasih atas perhatian anda . Jika anda memang seorang gadis Islam yang berada di landasan yang betul, ajaklah keluarga dan kawan-kawan yang masih tercari-cari jalan yang benar.











Friday, January 24, 2014

PERGILAH KE NERAKA





Sedang dua orang ahli perniagaan berbual-bual dalam satu penerbangan , sepasang suami isteri Islam duduk di barisan hadapan mereka. Ahli perniagaan tersebut sengaja nak menyakitkan hati mereka lalu berbual dengan kuat.

“Bos aku nak hantar aku ke  Arab Saudi” kata peniaga pertama “tapi aku tak mau pergi kerana terlalu banyak orang Islam di sana”

Pasangan Islam tadi terdengar perbualan itu dan terasa tidak selesa . 

“Oh ya ? Bos aku nak hantar aku ke Pakistan , aku tak mau juga , terlalu ramai orang Islam di sana” katanya dengan tertawa.

“Satu ketika aku di suruh ke Indonesia , aku tolak sebab kat sana pun ramai orang Islam, merata-rata ada saja orang Islam”

“Memang betul” kata seorang lagi, “dulu aku ke Perancis , terserempak juga dengan puak-puak Islam tu” ketawanya sinis.

Sudah tak sabar mendengar sinis yang membenci orang-orang Islam tersebut, pasangan Islam tersebut menoleh ke belakang dan menjawab dengan sopan , “Mengapa kamu berdua tak pergi ke neraka ,kat sana tak ramai orang Islam” katanya dengan sinis.

Sekian terima kasih.







Thursday, January 23, 2014

ALHAMDULILLAH




Ada seorang perempuan tua di sebuah kampung yang sangat kuat keyakinannya kepada Allah. Setiap hari dia akan mengucapkan Alhamdulillah di saksikan semua orang yang lalu lalang dihadapan rumahnya.

Jiran beliau ialah seorang Atheist , tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Jiran Atheist itu selalu mentertawakan wanita tersebut , “Mana ada Tuhan”

Satu hari ketika wanita tua tersebut kesempitan rezeki , beliau berdoa “Ya Allah berilah aku bahan-bahan makanan, tolonglah Ya Allah , berilah aku bantuan”

Jiran Atheist wanita tersebut terdebgar doa beliau lalu merancang untuk mempermainkan wanita tua tersebut.

Keesokannya Si Atheist meletakkan makanan di hadapan rumah wanita tua itu. Bila wanita itu bersyukur pada Allah , si Atheist menzahirkan dirinya dan mengatakan dialah yang membelikan makanan itu, bukan pemberian Tuhan.

Wanita tua itu melompat dengan gembira dan bersyukur “Ya Allah , kau bukan saja memberi aku rezeki, tapi kau jadikan si Atheis bodoh ini membayarkan makanan aku”  Si Atheis pulang tersipu-sipu. 

Terima kasih , mudah mudahan keyakinan kita pada Allah akan bertambah hari demi hari.