Wednesday, December 25, 2013

DOA SIAPA YANG MAKBUL ?




Satu hari dua orang sahabat terdampar disebuah pulau kecil setelah kapal mereka pecah. Mereka membahagikan pulau tersebut kepada dua bahagian. Masing-masing duduk dikawasan sendiri dan berdoa memohon pertolongan kepada Allah.

Sahabat A memohon pokok buah-buahan . Dengan izin Allah pokok buah-buahan tumbuh dikawasannya. Sahabat B belum ada apa-apa.

Tak lama kemudian , terasa sunyi , sahabat A  memohon isteri. Dengan izin Allah ada sebuah kapal pecah berhampiran pulau mereka duduk , yang selamat cuma seorang wanita. Mereka pun berkahwin. Sahabat B belum ada apa-apa lagi.

Sesudah beberapa lama , sahabat A meminta Allah sampan, supaya dan isteri boleh kembali kenegara mereka. Dengan izin Allah , keesokannya ada sebuah sampan di pulau bahagian si A Mereka pun bersiap untuk pulang tanpa membawa sahabat B.

Tiba-tiba kedengaran suara dari langit :

“Mengapa engkau tidak membawa sahabat B bersama?”

Jawab A “Ini doa aku yang dikabulkan , doa B tidak dikabulkan lansung”

Suara langit : “Yang sebenarnya tiap-tiap hari sahabat B kamu mendoakan supaya semua doa kamu dimakbulkan”


PERHATIAN : Kadang –kadang doa kita dimakbulkan , semata-mata atas doa orang lain, bukan doa kita semata-mata.








  

Tuesday, December 24, 2013

MERISIK





Esok saya diminta oleh seorang anak muda di surau untuk merisik bagi pihak dia. Calon isterinya itu adalah anak sulung dalam keluarga dan ada kemungkinan mereka amat berhati-hati untuk berhadapan dengan kami. 

Sehari suntuk saya membuat sedikit selidikan tentang maksud merisik, diantaranya bertujuan :

1. Pengenalan diantara keluarga lelaki dan keluarga perempuan.

2. Perkenalan lebih lanjut anak lelaki dan anak perempuan ( bakal suami isteri)

3. Menyatakan hasrat merisik.

4. Mencari persefahaman kedua belah pihak dalam perkara-perkara penting.

5. Menerima atau menolak hasrat lelaki.


Saya harap anda doakan misi saya esok berjaya kerana dengan perkahwinan , InshaaAllah umat Islam akan bertambah dan kemungkinan muda mudi sekarang melakukan maksiat dapat dijauhi. Terima kasih.








Monday, December 23, 2013

KHASIAT MANGGA


 



Al Baqarah ayat 22 bermaksud :

“Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan , dan langit ( serta segala isinya) sebagai bangunan ( yang dibina dengan kukuhnya) , dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah , sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui ( bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”

Sejarah buah mangga telah dikesan sejak tahun 4,000 sebelum masihi. Ia berasal dari kaki Gunung Himalaya di India dan juga Burma. Lebih kurang 40-60% pokok-pokok mangga terdapat di India dan Asia Tenggara. Walau bagaimanapun sekarang pokok-pokok mangga telah ditanam di Amerika Tengah , Amerika Selatan , Afrika dan Semenanjung Arab . Sekarang terdapat lebih kurang 1,000 jenis mangga di seluruh dunia.

Berikut adalah diantara khasiat memakan mangga mengikut pandangan kesihatan dan sudut nutrisi :

1. Anti Kanser : Mangga banyak mengandungi ‘anti oxidants’ yang boleh menghalang kanser payudara ‘prostate canser’ dan ‘colon cancer’

2. Kesihatan mata : Sepotong mangga mengandungi 25% keperluan Vitamin A untuk membantu penglihatan yang baik.

3. Membantu penghadaman makanan : Melalui enzim pencernaan makanan ia membantu penghadaman makanan.

4. Kebaikan untuk kulit : Membantu memecahkan sumbatan lubang peluh dikulit.

5. Membantu pengidap kencing manis : Daun mangga direbus dan disejukkan semalaman . Minum keesokkannya sesudah ditapis. Ia mampu membetulkan tahap insulin dalam darah pesakit.

6. Baik untuk penyakit anemia: Mangga baik untuk wanita mengandung dan mereka yang sakit anemia, kerana nilai ‘iron’ dalam mangga. Wanita yang sudah ‘menopause’ juga digalakkan memakan mangga yang kaya dengan ‘iron’

7. Menambahkan ingatan: Baik untuk anak-anak yang kurang daya tumpuan dalam pelajaran. Ia hasil dari kandungan ‘Glutamine acid’ yang juga boleh mengaktifkan sel. 

8. Mengelakkan ‘heat stroke’ : Untuk in anda digalakkan memakan mangga muda.

9. Menambah berat badan : Bukan menjadi gemuk, tapi membantu mereka yang kurus menambah berat badan.Dicadangkan dimakan bersama susu. 

Terjemahan dari Islamic Reflection.

Begitulah kayanya khasiat kejadian Allah , semuanya dijadikan untuk kebaikan makhluk didunia ini dan sebagai persiapan mereka menuju akhirat. Terima kasih.