Tuesday, November 26, 2013

JENAKA ISLAMIK – “SESAT DI SAHARA”



Dua orang Kristian sesat di Padang Pasir Sahara. Seorang bernama David dan seorang bernama Bob. Mereka terlalu dahaga dan lapar, dan tiba-tiba mereka terjumpa sebuah mesjid di tengah tengah Padang Pasir tersebut.

David memberi cadangan kepada Bob. “Mari kita berpura-pura mengaku sebagai orang Islam, kalau tidak mereka tidak akan memberi kita makanan. Aku akan menggunakan nama Muhammad Gambo”

Bob tidak besetuju “Nama aku Bob , apa jadi pun aku adalah Bob”



Bila sampai di Mesjid , Imam menyambut mereka dengan baik dan melayan mereka sebagai tetamu istimewa. Imam terus meminta mereka berdua memperkenalkan diri.

David memperkenalkan dirinya “Saya Muhammad Gambo” . Di ikuti Bob “Saya Bob”

Dengan segera Imam memanggil pembantunya, “Bawakan makanan dan minuman untuk Bob sahaja” . Kemudian Imam memandang kepada seorang lagi dan berkata “Muhammad Gambo tentu faham sekarang adalah bulan Ramadan, teruskanlah berpuasa”

Moral cerita: Sebaik-baik amalan ialah berkata benar dalam apa keadaan pun. 

Terima kasih kerana sudi membaca.


Quote of the day






Monday, November 25, 2013

7 CARA UNTUK MEMBINA MAHLIGAI DI SYURGA





Mahligai , istana , bungalow , mansion atau apa-apa yang bermaksud tempat tinggal yang besar dan selesa adalah impian semua manusia. Ada beberapa hadis yang menunjukkan cara-cara bagaimana kita boleh mencapai matlamat tersebut di syurga nanti – In shaa Allah.

1. Berzikir sebelum memasuki ruang pasar. Sesiapa yang memasuki pasar dan berkata :

“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareekalah , lahul mulku wa lahul hamdu yuhyee wa yumeetu wahua hayyun laa yamootu, biyadihi alkhayru wahu ala kulli syayyin qadeer”

Allah akan menuliskan beribu kebaikan , memadamkan beribu dosa dan membina baginya sebuah mahligai di syurga.

2. Kematian anak

3. Membina masjid

4. Membaca surah Al Ikhlas

5. Menunaikan solat-solat Rawatib

6. Merapatkan saf semasa solat berjemaah

7.Meninggalkan pertengkaran

Nah nampak mudah , tapi nak diamalkan mungkin tidak semudah itu. Sama-sama kita berusaha kearah syurga Allah. Terima kasih.


Quote of the day



Sunday, November 24, 2013

MENGAPA DOA KITA TIDAK TERMAKBUL?




Satu hari, Ibrahim bin Adham , semoga Allah mencucuri rahmatNya di tanya tentang surah Al –Mukmin ayat 60 bermaksud :

“Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan bserdoa kepadaKu akan masuk neraka Jahaman dalam keadaan hina”

“Kami berdoa tapi doa kami tidak dimakbulkan”

Jawab Ibrahim Adham pada mereka :

1. Kamu kenal Allah tapi kamu tidak mentaatiNya

2. Kamu membaca Al Quran tapi tidak melaksanakannya

3. Kamu mengenali syaitan tapi masih mengikut bisikannya

4. Kamu mengakui mengenali Rasullullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya

5.Kamu mengharapkan syurga Allah tapi tidak melakukan sesuatu untuk membolehkan kamu memasukinya.

6. Kamu katakan kamu gerunkan Neraka , tapi masih melakukan dosa.

7. Kamu meyakini kematian itu benar, tapi tidak membuat persiapan kearahnya.

8. Kamu sibuk melihat kesalahan orang lain tapi tidak melihat kesalahan kamu sendiri

9. Kamu menikmati semua rezeki Allah tapi tidak bersyukur kepadaNya

10. Kamu kebumikan orang-orang mati dikalangan kamu tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.




Kita fikirkan bersama pesanan Ibrahim bin Adham ini dan terima kasih kepada pembaca semua atas masa yang diluangkan.


Quote of the day