Monday, August 26, 2013

KUNCI AMAL




Alhamdulillah , selepas penat berhari raya mesjid dan surau mula di kunjungi para ahli ibadat semula. Masing-masing bercerita tentang pencapaian sepanjang Ramadan. Ada yang solat terawihnya genap sebulan , 20 rakaat pulak tu . Ada yang ditambah dengan solat tahajjud dan bacaan Al Qur’an . Tapi hati-hati . Tambahlah di hujung perbualan kita kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan segala-galanya, dan ingat kunci amal, iaitu IKHLAS . Kalau tidak jadilah apa yang dikatakan oleh Ibn Qayyim sebagai:

“Amal tanpa keikhlasan saperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanafaat”

Teruskan menimba ilmu supaya kita sentiasa berada dilandasan yang betul, saperti kata Ibnu Taimiyyah :

“Celakalah orang berilmu yang enggan mengajarkan ilmunya kepada orang yang tidak tahu. Dan celakalah orang yang tidak tahu namun tidak mahu menerima ilmu”

Terima kasih kerana turut berkongsi ilmu.



Quote of the day


Sunday, August 25, 2013

TEMU JANJI DENGAN PM




Dua orang penuntut yang belajar perubatan di luar negara telah gagal peperiksaan di tahun ketiga. Oleh kerana kemampuan mereka untuk meneruskan pengajian agak tipis, biasiswa mereka ditarik dan kedua-duanya dihantar pulang.

Bertambah gelaplah masa depan mereka. Berasal dari kampong terpencil di Malaysia, ibubapa miskin pula, anak sulung dan harapan kepada keluarga. Seribu satu masalah dan seribu satu penyelesaian diperlukan.

Sesampai di Kuala Lumpur mereka turun naik pejabat –pejabat di Putra Jaya. Tebalkan muka , merayu kesana merayu kesini. Akhirnya mereka dapat peluang terakhir untuk merayu terus kepada PM atas bantuan salah seorang setiausaha di pejabat PM. Hari , tarikh dan masa ditetapkan . PM cuma  ada masa 7 minit bagi tiap seorang untuk mendengar rayuan, permohonan , harapan dan kemaafan dari mereka.

Di Kuala Lumpur , seorang penuntut menumpamg dirumah kenalan di Pucong dan seorang lagi tidur dirumah saudara di Subang Jaya, dengan harapan tidak bermasalah ke Putra Jaya esoknya untuk temujanji yang paling penting dan istimewa ini.

Pada hari yang ditetapkan pegawai di pejabat PM telah menyemak jadual dan temu janji PM . Temujani pertama adalah dengan dua penuntut yang gagal tersebut, tapi kelibat mereka masih belum kelihatan . Tepat pada waktunya PM masuk ke pejabat.

Tiba-tiba kelihatanlah penuntut A datang berlari-lari masuk ke pejabat PM. Termengah-mengah , pakaian berserabut, tidak kemas lansung. Bila bercakap dengan PM dan dicatitkan oleh seorang setiausaha , bahasa penuntut A tadi susah untuk difahami. Jelas berkerut wajah PM . Walau bagaimana pun 7minit berlalu dan tamatlah temujanji mereka.

Penuntut B tidak muncul-muncul . PM beri sedikit masa lagi, kalau-kalau penuntut B ada masalah dalam perjalanan , tapi tak muncul tiba. Akhirnya PM terpaksa mengisi temujanj seterusnya.

PENUNTUT A DAN PENUNTUT B  tadi adalah gambaran kita umat Islam . Penuh dengan masalah dan ribuan harapan terhadap Allah. Tapi, bila sampai waktu solat, ramai yang solat sambil lewa sahaja dan ramai lagi yang tidak solat lansung.

Terima kasih dan ambillah sedikit waktu untuk merenung scenario ini. Mungkin anda OK , tapi ramai orang yang di sekeliling kita yang acuh tak acuh dengan SOLAT , TEMU JANJI DENGAN ALLAH !



Quote of the day


Saturday, August 24, 2013

JUARA ANGKAT BERAT



Tak berapa lama dulu saya terdengar ceramah Mufti Menk. Kawan dia bertanya “Siapakah juara angkat berat yang sebenar ? . Jawab Mufti Menk “Juara angkat berat yang sebenar ialah mereka yang sanggup mengangkat selimutnya semasa tidur untuk menunaikan solat di waktu malam, saperti yang dikatakan dalam Surah  As Sajdah ayat 16 yang bermaksud :

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, ( sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh ) , mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya) , dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka”

Tahniah kalau anda tergolong dalam kumpulan juara angkat berat ini. Doakan juga untuk semua orang Islam supaya rajin- rajin berlatih kearah matlamat yang mulia ini. Terima kasih.


Quote of the day