Thursday, July 25, 2013

15 TAHUN BERASAP LEMANG







Pagi tadi berhenti lagi membeli lemang di Kampong Sungai Rambai , Jenjarum . Yang beli semalam sudah ‘licin’ . Oleh kerana saya sampai awal, jam 11 pagi , saya kena tunggu sebentar untuk lemang masak, sempatlah saya sembang-sembang dengan empunya gerai.

Namanya Puan Zabedah . Sudah 15 tahun berniaga lemang di tepi jalan Klang-Banting di Sungai Rambai. Kalau dah berniaga begitu lama ,tentulah lemangnya sedap. Mula berniaga dari jam 11pagi, tiap-tiap hari kecuali hari-hari tertentu. Banyak menerima tempahan dari kawasan sekitar. Yang berminat Puan Zabedah boleh dihubungi di 017 6343544, dan jangan lupa sampaikan salam saya Yamin Yahya.



Hasil dari jualan lemang ini katanya dapatlah membantu perbelanjaan anak-anak seramai lapan orang dan sekarang sudah bercucu seramai tujuh orang.Masalah memang ada katanya . Buluh tersangat sudah untuk dicari. Sekarang beliau terpaksa membayar seringgit setiap kerat buluh , itupun terpaksa memesan dari Grik,Perak dan Negeri Sembilan.

Tapi yakinlah semua susah payah Puan Zabedah ini tetap akan diberi ganjaran oleh Allah saperti yang dikatakan dalam hadis Rasullullah S.A.W bermaksud :

“Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” (Riwayat Abu Daud)

Terima kasih kerana sudi menunggu lemang masak.


Quote of the day


Wednesday, July 24, 2013

JANGAN SAMPAI PUPUS





Hari ini agak kelam kabut sikit. Petang tadi pergi ke KMS (Kolej Matrikulasi Selangor) di Banting hantar anak untuk menghadiri  Majlis Iftar Alumuni JPP ((Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ) . Dalam perjalanan balik ke Subang Jaya berhenti di tepi jalan beli lemang,lebih kurang satu kilometre dari simpang ke Jenjarom , berhadapan dengan satu mesjid. 

Gerai ini memang terkenal kerana menjual lemang setiap hari. Tetapi kebelakangan ini dia dah lama tidak berjual lemang. Bila ditanya sebabnya penjual mengatakan tidak ada buluh nak buat masak lemang. “Buluh lemang dah pupus ke di Selangor?” tanya saya. “Buluh ini pun kami tempah dari Grik, Perak” kata penjual lemang. Kalau pihak berwajib tidak menguruskan sumber hutan kita dengan betul, banyak lagi flora dan fauna kita akan pupus.

Contohnya , Pokok dibawah ini telah pupus dari dunia. Kita Cuma dapat melihat gambar atau lukisan sahaja.




Hopea Tree (Hopea shingkeng)
          Pokok kecil di India.  Telah diisytiharkan pupus pada tahun 1998.


 
Banyak lagi yang telah pupus dan banyak lagi yang akan pupus , sama-sama kita pelihara alam semula jadi ini, kalau tidak semuanya akan tinggalkan kenangan. Teruskan memakan lemang, tapi sama-sama membantu menanam semula buluh lemang. Terima kasih.

 

Quote of the day