Tuesday, June 25, 2013

RINTIHAN SEORANG BAPA





Wahai anak-anak , buah hati Papa .

Papa sudah beransur tua sekarang ....Mungkin Papa tidak secepat dulu untuk melakukan pelbagai kerja. Mungkin pendengaran Papa sudah berkurangan. Mungkin ada perkara-perkara yang yang memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Mungkin Papa sakit, lenguh dan kejang dibeberapa tempat diserata badan, ia memakan masa untuk memulakan tugas-tugas harian. Mungkin juga kadang-kadang Papa nampak hampa dan kurang tumpuan . Fahamilah Papa dan bersabarlah dengan sedikit perubahan Papa ini.



Anak-anak Papa yang dikasihi , Papa mengasihi kamu semua dari saat belum menatap wajah-wajah kamu, sebelum kamu dilahirkan lagi. Persiapan demi persiapan dengan gembiranya telah dibuat sebelum kamu mendarat kedunia. Tidak kira masalah yang menimpa , Cuma kamu yang paling utama. Hingga tercatitlah senarai terperinci supaya tiada yang tercicir lagi :

1. BAJU – supaya kamu tidak kesejukan

2. TILAM –seempuk mungkin

3. SETOKIN – walaupun kamu belum boleh berjalan

4. BEDAK – supaya semua yang mencium bertambah sayang

5. BUKU – walaupun kamu belum kenal Alif

6. LOCENG DAN PERMAINAN – supaya kamu tidak sunyi

7. KELAMBU – supaya tidurmu tidak terganggu

8. LAMPIN – jenama terbaik yang Papa mampu

9. NAMA – manis disebut , mulia ertinya

10. AL QUR’AN – dibacakan sentiasa supaya kamu menjadi soleh dan solehah.

Kenanglah waktu-waktu gembira semasa kita bersama , maaf segala kekurangan yang Papa telah lakukan. Rasa ingin lebih lama untuk melihat kamu berjaya, tapi ...entah beberapa waktu yang Papa masih ada....

Quote of the day 



Monday, June 24, 2013

HARI JEREBU SEMALAYSIA





Hari ini adalah Hari Jerebu SeMalaysia . Banyak sekolah-sekolah cuti sebagai tanda menghormatinya, termasuk  semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur turut dicutikan.

Ramai yang mengadu sakit-sakit kepala, susah bernafas, batuk-batuk, pedih dan berair mata, sakit tekak, hidung berhingus dan banyak lagi.Ramai juga yang mula memakai purdah ( tutup muka) tak kira bangsa dan agama, demi untuk kesihatan. 



Memang Allah ini maha berkuasa .Cuma kita ini yang masih degil dan berdegil lagi.Allah boleh katakan “Jadilah engkau, maka ia terus menjadi”, tetapi atas dasar Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang taat dan patuh, Allah tangguhkan pembalasan hingga keakhirat nanti.

Banyak ayat-ayat Al Qur’an yang menunjukkan kekuasaan Allah, diantaranya Surah Taha -23 , bermaksud (Berlakunya yang demikian itu ) kerana kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda kekuasaan kami yang besar”

Surah Adz Dzariyaat -20 maksudnya “Dan pada bumi ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah ) bagi orang-orang ( yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.

Juga pada ayat-ayat berikut:

Surah Al Jaathiyah – 3,4 

Surah Taaha – 23

Surah Asy Syu’araa’ – 67, 121

Surah Al Mu’min – 81

Surah  Al Hijr -81

Dan banyak lagi, yang perlu dibuat adalah membaca , memahami dan bertindak . Terima kasih.

Quote of the day




Sunday, June 23, 2013

MAS KAHWIN






Hiba Ammar menulis :

Bila ayah saya meminang ibu saya ..... Dia menawarkan “Surah Ali-Imran” (yang telah dihafalnya). Sebagai mas kahwin (mahar) . Apabila bakal suami saya meminang saya, bapa saya memberitahu bakal suami saya supaya menghafal salah satu surah dari al Qur’an sebagai mas kahwin. Pernikahan tidak akan dilansungkan selagi saya tidak menerima mas kahwin tersebut. Saya diminta memilih surah yang akan dijadikan sebagai mas kahwin ..... saya memilih surah An nur...kerana ia agak sukar untuk dihafal.



Sebelum hari perkahwinan , kami sebok membuat persiapan tetapi bakal suami saya tidak akan lekang dengan al Qur’an , kerana dia mesti menghafal surah tersebut sebagai mas kahwin.Beberapa hari sebelum hari perkahwinan , dia berjumpa bapa untuk ‘membacakan’ mas kahwinnya. Bapa mengingatkan bakal suami saya yang dia kena mengulang bacaan tersebut dari mula kalau dia terlupa dimana-mana bahagian.

Bakal suami saya membaca surah tersebut dengan tenang dan suara yang jelas. Satu ‘pemandangan indah’ yang tidak akan saya lupakan. Emak dan saya saling berpandangan antara satu dengan lain diikuti dengan senyuman. Akhirnya bakal suami saya dapat membaca keseluruhan surah tanpa sedikit  kesilapan pun.

Apabila bakal suami saya habis membaca hafalan surah An Nur tersebut, bapa memeluk dia dan berkata “Hari ini aku akan kahwinkan anakku dengan kamu kerana kamu telah menunaikan janji menghafal surah tersebut sebagai mahar ( mas kahwin).

Saya tidak meminta emas atau barangan lain sebagai mas kahwin , memadailah dengan ‘kata-kata Allah’ sebagai janji dan kontrak dia dengan saya. Sambil termenung sebentar, saya terbayang , apakah pula yang akan diminta oleh anak perempuan saya sebagai mahar ( mas kahwinnya) nanti ?
Terjemahan dari : Mohammedahmed


Quote of the day