Friday, April 26, 2013

IKAN PUYU





Ahad lalu, saya diBanting ,Selangor. Sempat singgah di ‘pet shop’ dan membeli beberapa ekor anak ikan puyu dengan harga tiga ringgit seekor. Dalam perjalanan balik melalui jalan kampong di Banting  saya ternampak beberapa orang anak-anak kampong sedang memancing ditepi longkang. Saya berhenti dan bertanya sama ada mereka dapat memancing ikan puyu. Alhamdulillah mereka ada empat ekor ketika itu dan bersetuju untuk menjual kepada saya dengan harga lima puluh sen seekor.


Bila tiba dirumah , saya masukkan kesemua ikan-ikan tersebut kedalam kolam , sambil melihat ikan-ikan tersebut berenang kesana kemari saya terbayang , “Kalaulah ikan-ikan ini boleh berkomunikasi, tentulah mereka akan berkenalan antara satu sama lain.”

Mungkin puyu kampong akan berasa hairan “Mengapa harga kamu sampai tiga ringgit?” Jawab puyu pekan “Kami hidup mewah dalam aquarium, dibuat dari kaca , ada hiasan baut bata , ada kayu-kayu untuk kami bermain dicelah-celahnya. Oxygen banyak, disalurkan hingga menjadi buih-buih (bubble) dan makan ada jadual. Bila malam ada lampu berbagai warna pula.Oleh kerana kami tinggal dalam satu kelompok sahaja, tidak ada ikan pemangsa yang menyerang kami dan indahnya hidup kami ketika itu”



“Macammana pula dengan kehidupan kau puyu kampong, mengapa kau murah sangat?”. “Kami dulu dilahirkan ibu begitu ramai, tapi ramai juga keluarga kami yang sudah mati. Hari-hari ikan haruan , keli dan kadang-kadang burung datang menyerang dan memakan kami. Makanan pula tidak menentu, kadang-kadang ada kadang-kadang seharian berlapar. Hidup pula sentiasa dalam ketakutan. Tempat kami hidup dan bermain luas juga , tapi sekarang ini pencemaran sudah berleluasa. Ikan-ikan besar pun mati sebab pencemaran tersebut”.

Sambung puyu kampung “Satu hari kami berempat dan beberapa kawan lain terjumpa cacing bergantungan . Emak kata jangan makan, bahaya, kita boleh ditarik kealam lain. Benarlah cakap emak , kami termakan pancing ,akhirnya kami dijual dengan harga lima puluh sen , sampailah berjumpa dengan kamu semua dalam kolam ini. Tak apalah mungkin kita akan tinggal disini selamanya.”


Itu hanyalah sekadar dialog ikan-ikan dalam khayalan saya . Tapi ada satu lagi dialog yang benar dan pasti akan berlaku. Dialog yang saya maksudkan ialah diantara ahli syurga dan ahli neraka :

Allah berfiman : “Dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni-penghuni neraka( dengan mengatakan ) “Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikan kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh denagn sebenarnya apa ( azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya ( kepadamu?)”  Mereka penduduk neraka menjawab : “Betul” kemudian seorang penyeru(Malaikat) mengumumkan diantara kedua golongan itu : “Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim”. –al A’raaf (7):44

Allah juga berfirman :
Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: “Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah diizinkan allah kepadamu”.Mereka (penghuni syurga) menjawab : “sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir”. ( al A’raaf (7):50)

Dari Ibnu Abbas dia berkata “Seorang laki-laki memanggil saudaranya atau bapanya seraya berkata , “Sesungguhnya aku telah terbakar, limpahkan atas aku sedikit air” maka dikatakan kepada mereka. Jawablah mereka .Maka mereka mejawab : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir”.

Saya mengingatkan diri saya dan anda pembaca semua semoga kita mengambil ikhtibar tentang cerita-cerita diatas. Bukan kehebatan, kemewahan, pangkat dan harta kita didunia ini perlu dikejar hungga matlamat sebenar diakhirat nanti terlupa. Ikan-ikan puyu tadi tidak ada masalah kerana tiada pembalasan bagi mereka. Sekian terima kasih.

Quote of the day

A person has done enough wrong in life if he simply repeat everything he hear- Muslim


Thursday, April 25, 2013

I LOVE RASULLULLAH S.A.W



Kebanyakan bilik masak rumah-rumah kita banyak dilekatkan resepi masakan. Dari cara memasak lauk pauk hinggalah resepi kek dan kueh mueh. Resepi- resepi ini selalunya ditampal dipeti sejuk atau pun didinding bilik masak. Ada yang lebih bersemangat lagi mempamirkan kata-kata motivasi juga di beberapa sudut rumah untuk menyuntik semangat anak-anak mereka untuk belajar.

Sebagai menambah koleksi motivasi anda saya kongsi disini satu lagi koleksi nasihat ataupun peringatan, amalkan mudah-mudahan ia dapat memberi manafaat pada kita semua bertajuk:


CARA HIDUP RASULLULLAH S.A.W

1. Bercakap – LEMAH LEMBUT

2. Berjalan – MERENDAH DIRI

3. Makan – SEKADAR KENYANG

4. Bernafas – PANJANG

5. Tidur – SECUKUPNYA

6. Berpakaian – KEMAS

7. Bergaul – SOPAN

8. Bertindak – BERANI

9. Berfikir – MATANG

10. Kepercayaan – BETUL

11. Bekerja – SABAR

12. Kelakuan – SOPAN

13. Belajar – PRAKTIKAL

14. Merancang – TERATUR

15. Mencari rezeki – JUJUR

16. Berbelanja – BIJAK

17. Pengorbanan – SELALU

18. Ibadah – BERSUNGGUH-SUNGGUH

19. Melayan ibu bapa – GEMBIRA

20. Menghormati jiran – SEWAJARNYA



Kalau anda sudah mencetak ‘cara hidup Rasullullah s.a.w’ ini sebagai poster, tampalkanlah ia dilokasi yang mudah dilihat oleh keluarga atau lebih berkesan lagi kalau ia dilekatkan disudut hati. 

Diantara hadis hadis memperkatakan tentang sunnah Nabi s.a.w:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku disyurga”

Terima kasih kerana menyumbang waktu untuk berkongsi ilmu dan jangan lupa untuk menyampaikan walaupun satu ayat.

Quote of the day

“Be in this world as if you were a stranger or a wayfarer” – Prophet Muhammad s.a.w (p.b.u.h)

Wednesday, April 24, 2013

TENANG







Jumaat minggu sudah 19hbApr2013 berada di Mesjid Jamek Tenang Station, Segamat Johor. Saya sampai awal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur dan sempat berehat-rehat di taman mesjid. Memang suasananya tenang. Banyak pokok-pokok ditanam, malah ada pokok-pokok yang di-adun bentuk yang berlainan. Ini menambah ketenangan orang yang mengunjung mesjid. Saya rasa ini adalah satu contoh yang baik dalam penyenggaraan taman mesjid.






Kemudian saya masuk ke dalam mesjid. Tiba-tiba suasana agak berbeza . Ada bau yang tidak selesa. Kemudian lalat juga banyak berterbangan. Adakah ini disebabkan tanaman sawit yang berhampiran? Bila khutbah bermula , mesjid masih tidak dipenuhi jemaah. Hinggakan pada khutbah kedua , ada jemaah yang masuk dan boleh duduk disaf pertama. 

Semasa solat berlangsung pula , kedengaran anak-anak bising bermain. Maksudnya mereka tidak solat bersama. Sesudah solat Jumaat , diadakan solat hajat. Malangnya cuma sebelas orang yang menyertai solat hajat itu. Rasanya ketenangan diluar mesjid amat berbeza dengan suasana didalan mesjid.

Walau bagaimanapun , kalau kita susah untuk mendapat ketenangan dimana-mana cubalah resepi yang dirumus oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh berikut:

1. Membaca dan mendengarkan al-Qur’an

2. Menyayangi orang miskin

3. Melihat orang yang dibawah, yang lebih susah

4. Menjaga silaturrahim

5. Banyakkan berzikir

6. Mengatakan yang haq(benar) sekalipun pahit

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah.

8. Tidak meminta-minta kepada orang lain.

9. Menjauhi hutang

10.Selalu berfikiran positif


Ada juga resepi ketenangan yang lain mengatakan:

1. Jangan campuri hal  orang lain kecuali diminta.

2. Maaf dan lupakan kesalahan manusia

3. Jangan mengharapkan sanjungan manusia

4. Jangan cemburu atau dengki

5. Pemikiran anda mesti disesuaikan mengikut perubahan waktu.

6. Jangan cuba melakukan sesuatu melebehi kemampuan anda

7. Sentiasa munajat dan muhasabah

8. Jangan berangan-angan atau berfikiran kosong 

9. Jangan bertangguh-tangguh dan jangan menyesal tak habis-habis

10. Bertahan dan bersabar dengan ujian-ujian yang tidak dapat dielakkan

(Terjemahan dari artikal Khalid Latif)

Semoga Allah memberi keikhlasan pada anda untuk menghadapi sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Memberi anda kekuatan untuk mengubah rintangan yang besar dan kebijaksanaan untuk memahami perbezaannya dan hikmahnya.

Sampaikanlah mesej ini kepada orang-orang tersayang dan seterusnya kepada masyarakat umum. Terima kasih

Quote of the day

Change your thoughts and you change the world