Saturday, January 26, 2013

UMMATI, UMMATI, UMMATI LUPAKAH ANDA!




Barangsiapa yang pergi ke Mekah dengan ikhlas , insaf dan keimanan, tentu akan dapat mengenang laungan Rasullullah s.a.w ...UMMATI , UMMATI, UMMATI . Tanda kasih beliau pada ummatnya.

Banyak peristiwa yang menyayat hati dalam episod baginda menyebarkan Islam supaya sampai kepada kita hingga hari ini. Satu hari di Taif , Rasullullah s.a.w dilempar dengan  batu hingga kulit baginda merekah dan darah mengalir. Baginda  jatuh kebumi , dipaksa musuh Islam untuk bangun semula, supaya mereka dapat terus melempar batu pada Baginda. Akhirnya pada jarak lebih kurang 4.8 kilometer Baginda terjatuh dan berkomunikasi dengan Allah.

“Ya Allah , Engkau telah menghantar  aku kepada kaum yang ganas ini, yang telah membaling aku dengan batu sehingga darah mengalir dari jasadku dan keadaan aku terhina sebegini rupa. Ya Allah jika Engkau tidak murka kepadaku , aku tidak risau , aku bersedia untuk menerima apa apa yang Engkau takdirkan, saperti kata syair - Ya Allah jika hubungan aku dan Kamu masih utuh , walaupun seluruh dunia menentang aku, pasti aku tidak akan risau. Ya Allah jika Engkau redha padaku , dan seluruh masyarakat ini marah padaku , aku tidak risau”. Begitulah pengorbanan Rasullullah s.a.w .

Kembalilah kita semua kepada lindungan kasih sayang Allah . Buktikan lah kasih sayang kita pada Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Sahabat- Sahabat di zaman Rasullullah s.a.w telah membuktikan kasih sayang mereka dengan pengorbanan masa, harta dan nyawa, saperti satu peristiwa diPerang Uhud.

Rasullullah s.a.w tidak nampak Saad b.Rabee, lalu menyuruh Zaid b.Haritha mencari Saad b.Rabee. Zaid mencari Rabee dalam medan pertempuran tapi tidak berjumpa. Akhirnya terjumpa Saad b.Rabee dicelah celah mayat dimedan Uhud. “Saad , Rasullullah s.a.w suruh aku mencari engkau. Macamana keadaan engkau?” Dalam nafas terakhir katanya “Zaid , sampaikan salamku pada Rasullullah s.a.w Bagitahu Baginda aku telah terbau bau syurga. Bagitahu Baginda semoga Allah memberi ganjaran pada Baginda melebehi nabi nabi lain”.
Dalam ayat ayat terakhir Saad b. Rabee memegang kuat tangan Zaid lalu berkata “Sampaikan salamku pada orang orang Islam , beritahu mereka  aku Saad berpesan jika Rasullullah s.a.w cedera dan kalian masih hidup aku akan bersaksi didepan Allah yang kalian bertanggung jawab atas hal ini”. Kemudian Saad menghembuskan nafas terakhirnya. 

Inilah kecintaan sejati . Apa sumbangan kita pada Islam? Atau dalam bentuk yang lebih kecil lagi , apakah kita telah beramal dengan ajaran Islam dengan sempurna?Sekarang bila orang Islam disuruh melakukan perkara perkara sunat, dengan mudahnya mereka mengatakan itu sunat sahaja. Sudah lupakah kita Rasullullah s.a.w dilempar batu di Taif.  Pengsan di Uhud. Mengikat bata diperut menahan lapar. Siang malam memohon dipelihara kita UMMATI,UMMATI,UMMATI.

Di Arafah Rasullullah s.a.w pernah berdoa selama 6 jam , diatas unta dibawah panas yang terik. Ya, 6 jam berdoa dan menangis untuk ummatnya. “Ya Muhammad” kata Allah “Aku sudah ampunkan ummat mu yang dizalimi dan ditindas”. “Itu tidak mencukupi Ya Allah” kata Nabi “Ya Allah jangan diampuni yang dizalimi sahaja Kau berkuasa untuk mengampuni umat aku yang menzalimi juga”. Begitulah kasihnya Rasullullah s.a.w pada kita , ummatnya.

Pada hari pembalasan , semasa api neraka menjerit , Nabi Nabi juga melutut minta ampun. Ummat Muhammad merasai mereka juga akan dihumban keapi neraka walaupun mereka mempunyai amalan 70 orang nabi. Begitulah dahsyatnya kegerunan api neraka .

Saya memperingati diri saya dan pembaca semua , kita sudah tidak ada masa untuk menangguhkan amalan lagi. Kalau tidak sekarang , bila lagi. Selamat beramal dan mengajak orang sekeliling turut menakuti Allah . Terima kasih , jumpa lagi esok, inshaa Allah .


Quote of the day

Life most persistent and urgent question is “What are you doing for others?”  .


Friday, January 25, 2013

PERIBADI RASULLULLAH S.A.W




Hari hari manusia berada dalam kesibukan . Semuanya dilakukan dengan cepat. Kenderaan laju- laju ,jalan cepat , makan segera, hinggakan orang Islam beribadat pun macam tak sempurna.

Dengan itu saya menyenaraikan PERIBADI RASULLULLAH s.a.w dalam bentuk seringkas mungkin supaya pembaca dapat juga meneliti keperibadian baginda walaupun dalam masa yang singkat. Mudah mudahan ia dapat memberi manafaat kepada kita dan kepada mereka yang kita sampaikan.


1. Bijaksana

2. Melakukan segalanya kerana Allah.

3. Ikhlas

4. Berakhlak , beretika dan sahabat yang baik.

5. Bersopan santun

6. Sukakan reformasi dan perdamaian.

7. Mengajak kebaikan dan melarang kejahatan.


8. Sukakan kesucian.

9. Menjaga dan menghalusi perbualan.

10. Sentiasa mempertingkatkan ibadah.

11. Kesabaran

12. Penampilan yang baik

13. Zuhud dalam hal keduniaan.

14. Pemurah dan tidak menghampakan

15. Kuat keimanan dan berharap hanya pada Allah

16. Lemah lembut dan belas kasihan

17. Memudah dan meringankan

18. Menakuti Allah dan sentiasa berhati hati supaya tidak melanggar batasannya.

19. Pemurah.

20. Bekerjasama

21. Berkata benar

22. Memperluaskan ketetapan Allah dan sentiasa memilih kesederhanaan.

23. Sentiasa bermanis muka.

24. Jujur , bertanggung jawab dan amat dipercayai

25. Berani

26. Pemalu dan sederhana

27. Merendah diri

28. Pengasih dan penyanyang

29. Penyabar

30. Adil dan bertimbang rasa

31. Takut pada Allah dan sentiasa berhati hati padaNya

32. Berjiwa besar

33. Mendoakan kebaikan walaupun kepada musuh.


Quote of the day

He who obeys the messenger has indeed obeyed Allah – ( An Nisa 4.80)

Thursday, January 24, 2013

SABAR




Sempena memperingati bulan kelahiran Rasulullah s.a.w saya ingin mencatitkan beberapa hadis baginda Rasullullah s.a.w . Hadis hadis ini ditumpukan kepada tajuk SABAR , kerana ini lah salah satu sifat  Rasullullah s.a.w  yang perlu kita contohi.Sifat ini jugalah yang telah membantu kemenangan dalam perjuangan Islam, sama ada dalam peperangan , dakwah atau pun perhubungan antara bangsa.

1.Rasullullah s.a.w bersabda “Barang siapa yang melihat pada amir (pemimpinnya) sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah ia bersabar, kerana siapa yang memisahkan diri dari jemaah satu jengkal, kemudian ia mati , maka matinya dalam kematian jahilliah -HR Muslim

2.Besar pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla  bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka . Barang siapa bersabar maka baginya manafaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah . - HR Tirmidzi 

3.Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya beruntung orang yang beriman , kerana segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapat kenikmatan, dia bersyukur( dia mendapat pahala kebajikan ) dan jika dia ditimpa musibah dia sabar ( dia mendapat pahala kebajikan juga ) - HR Muslim 

4.Dari Ummu Al-Ala’ , dia berkata : “Rasullullah s.a.w menjengukku tatkala aku sedang sakit , lalu baginda berkata “Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’ . Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa dosanya, sebagai api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak” . – HR Abu Daud

5.Rasullullah s.a.w bersabda : “Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang Mukmin dan Mukminah , anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun. – HR Al Hakim 

6.Rasullullah s.a.w bersabda : “Iman terbahagi dua , separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur . – HR Al Baihaqi 

7.Rasullullah s.a.w bersabda : “Kesabaran merupakan ‘Dhiya’ ( cahaya yang amat terang ) – HR Baihaqi

8.Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.- HR Baihaqi

9.Rasullullah s.a.w pernah menggambarkan : “ Sesiapa yang mensabar sabarkan diri ((berusaha untuk sabar ) maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar” . – HR Bukhari

10.Jundub Ibnu  Sufyan r.a menerangkan “ Bahawasanya Rasullullah s.a.w pada satu hari berada dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkata Rasullullah  s.a w “ Engkau hai  anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah , dan dijadikan Allah apa yang telah engkau deritai”- HR Bukhari  dan Muslim

Di harap dalam memperingati tarikh kelahiran Rasullullah s.a.w ini , kita dapat memperbaharui azam untuk memperbaiki amalan dan menambah ilmu sebagai bekalan diakhirat kelak.Jangan lupakan kasih sayang dan seruan Rasullullah s.a.w pada kita , Ummati. Ummati. Ummati. Sebaliknya kita juga mesti sama sama membantu masyarakat keliling supaya sama sama menuju ke jalan yang benar. Terima kasih.