Thursday, March 19, 2015

AKU ANAK PERAK








Saya dilahirkan di negeri Perak, tapi dah lama menetap di Subang Jaya. Baru-baru ni terbaca coretan di Whatsapp berkenaan asal usul nama nama bandar di Perak yang di pengaruhi bahasa Inggeris. Lojiknya ada, sebab perak memang di penuhi British zaman penjajahan dulu untuk melombong bijih timah. Betulnya belum tahu sebab tiada fakta sejarah.

Tempat saya pun kami gelar Copenhagen ( Gopeng) . Untuk seronok-seronok saja kita perhatikan pengaruh Inggeris dalam menamakan bandar-bandar di negeri Perak:-

Bee Door – Bidor
Troll luck – Trolak
Come Par – Kampar
Lumber Cannon – Lambor Kanan
Chuck at Crewing-  Changkat Krewing
Chuck at Jeering – Changkat Jering
Brew Us – Beruas
Brur Champ – Bercham
Typing – Taiping

Lend Gong – Lenggong
Thrung – Terong
Greek – Grik
Boater – Bota
Loom Mot – Lumut
Go Pink – Gopeng

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui . Sekadar bacaan ringan sahaja.
Terima kasih atas sokongan dan perhatian pembaca semua. 

“YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH TANPA PETUNJUKMU, KAMI BUTA TANPA BIMBINGANMU”

Wednesday, March 18, 2015

22 TAHUN








Hari ini anak saya Liyana sudah berumur  22 tahun. Fasa kemuncak dalam kehidupan anak-anak. Fasa menurun dan akan berakhir bagi orang-orang tua macam saya.

Saperti biasa , keluarga kami tidak memberikan hadiah berbentuk material , cuma peringatan, kasih sayang dan harapan saperti yang tertulis pada surat saya ini kepada beliau :-

My dearest Liyana,

At this important milestone in your life, it is a time to rejoice that you have remained in Allah SWT’s perfect protection in all forms and ways starting with your health, beauty and intellect and ending with the days He has allotted you unhampered by crippling disease and or lack or loss of intelligence.

I am so happy to see you entering the next stage of your life and I pray that you will before making every decision big or small make a prayer to ask Allah for His guidance, help and blessings.

I pray that you ask Allah SWT to give you at all times guidance, the ability and desire to follow His guidance (The Quran), wisdom to understand its beauty and its markers, Afiyah which is an all enveloping protection from Him both in this world and the next.


You have many gifts, some you are aware of some you will become aware of as they unfold. Do remember that they are all from Allah and use them in the path of Allah.

I pray for your health, your protection and for your happiness, I am here to love you and support you in your journey. I am told that a parent’s love has no comparison on earth, but that it comprises only one percent of the Love that Allah has for us.


May you always feel the gentle cloak of His Love and Rahmat on your shoulders, along with mine.


Love and prayers for you always!

Papa

Terima kasih atas kesudian anda yang berterusan mengikuti blog ini. Hanya Allah yang dapat menilainya.

Saturday, March 7, 2015

CERITA TUKANG KAYU





Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kata-kata Hikmat
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."