Monday, October 27, 2014

KESIAN JUSTIN





Janganlah hidup menunjuk-nunjuk . Hidup mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ikuti ceramah Ustaz Nouman Ali Khan.



Terima kasih.

Saturday, October 25, 2014

PAKAIAN UNTUK TEMUDUGA




Kalaulah kita dipanggil untuk temuduga , walaupun untuk jawatan yang biasa-biasa saja, sudah pasti kita memilih pakaian yang terbaik dalam almari kita. Digosok dengan rapi pula, ditambah dengan wangian.

Tiap minggu , kita bertemu Allah pada hari Jumaat di mesjid-mesjid . Lihat sajalah pakaian mereka yang menghadapi Allah pada hari yang mulia itu. Bukan saja pakaian yang tak senonoh , malah seluruh badan berbau rokok. 

Ikuti penerangan oleh Sheikh Hamza Yususf atas tajuk yang berkaitan :



Terima kasih dan silalah ubah mereka yang dalam bidang kuasa anda. 







Friday, October 24, 2014

KAGUM DENGAN KEBOLEHAN MANUSIA




Pernahkah anda melihat pertunjukan ahli akrobatik Cina ? Mengayuh basikal satu roda , membawa piring diatas kepala . Membalingkan piring kepada kawan yang lain sambil mengayuh basikal satu roda tersebut memang hebat. Mereka berlatih bertahun-tahun.

Tetapi kejadian Allah lebih hebat lagi. Galaxi berputar tanpa berlaga. Ikan boleh hidup didalam air. Burung boleh terbang . Manusia boleh mengandung. Malangnya kita tidak hairan , tidak tercengang , tidak mampu untuk memuji Allah.

Ikuti penerangan video berikut oleh Sheikh Hamzah Yusuf:



Terima kasih. Banyak-banyaklah kita memuji Allah.