Monday, January 6, 2014

REZEKI DATANG MENGGOLEK , IKAN DATANG BERENANG





Petang semalam , seorang sahabat surau datang ke rumah untuk menghantarkan sebakul ikan. Ikan-ikan tersebut katanya mati ketika ‘motor gas’ akuarium dia tidak berfungsi, dan dia pula tidak sampai hati memakan ikan peliharaan dia. Datanglah rezeki ke rumah saya dengan ‘berenang’ . Alhamdulillah.

Tadi saya terjumpa 15 tips bagaimana usaha nak jadikan murah rezeki dalam www.tumblr.com .Lebih kurang begini :

1. Membantu penuntut ilmu

2. Membantu golongan misikin.

3. Hijrah cari pendapatan ke tempat lain.

4. Ingat Allah sentiasa

5. Banyakkan doa.

6. Bersyukur atas nikmat

7. Bersungguh lakukan perkara harus

8. Libatkan diri dalam perniagaan.

9. Istiqamah bersedekah

10. Jalin Silaturrahim

11. Kerjakan Haji dan Umrah

12. Taqwa pada Allah 

13. Beribadah sesungguhnya.

14. Istigfar dan bertaubat

15. Tawakkal dan berusaha.

Cuba lah sungguh-sungguh , mana tahu bukan saja ikan akan datang berenang, mungkin burung juga akan datang berterbangan ke rumah anda. 

Terima kasih.











Sunday, January 5, 2014

PERBEZAAN PEPERIKSAAN DUNIA DAN PEPERIKSAAN AKHIRAT





1. Di sekolah , jika anda gagal  peperiksaan , boleh di ulang . Di akhirat tiada peperiksaan semula.

2. Di sekolah anda tidak mengetahui soalan peperiksaan. Di akhirat, cuma ada tida soalan yang sudah anda ketahui:

a) Siapa tuhan kamu
b) Siapa Nabi kamu
c) Apakah agama kamu
Jawapannya pula ialah cara hidup anda, bukan secara lisan.

3.Dalam persiapan peperiksaan dunia, kita berjaga malam untuk peperiksaan keesokkannya. Begitu juga peperiksaan menghadapi Allah , kita sepatutnya berjaga malam untuk tahajjud atau amalan –amalan lain.

4. Di dunia kita berdoa dan mengharapkan markah yang luar biasa, dan begitu jugalah sepatutnya kita menghadapi peperiksaan Allah.

5. Di sekolah kita teruja bila mendapat keputusan yang cemerlang. Di akhirat kita juga akan lebih teruja jika di beri kitab amalan kita melalui tangan kanan.

6. Di sekolah bila kita gagal kita akan bersedih dan tidak mahu berjumpa orang lain. Begitu juga dengan suasana di akhirat. Elakkan dari menghadapi suasana kegagalan ini.

7.Ketika peperiksaan sekolah, anda tidak boleh bertanya kepada sesiapa. Dalam peperiksaan akhirat anda boleh mulakan persiapan dengan membaca Al Quran , Hadis Nabi dan sumber-sumber yang sehaluan dengan Quran dan Hadis.

8.Dalam peperiksaan sekolah kita mengelakkan segala gangguan untuk menumpukan kepada peperiksaan. Di akhirat Allah mematikan kita , berakhirlah segala-galanya dan kita hanya tertumpu untuk menjawab soalan-soalan Allah.

9. Dalam peperiksaan sekolah , kita risau apakah keputusan yang akan kita dapati. Begitu juga dengan keputusan peperiksaan kita di akhirat, kita hanya dapat menanti dan berharap pada Allah. 

‘JIKA ANDA TIDAK MAHU BERUBAH KEPADA KEBAIKAN, ANDA ENGGAN MENINGKATKAN DIRI ANDA KEPADA SESUATU YANG LEBIH TINGGI DARJATNYA”

Fikirkan bersama akan ‘peperiksaan’ Allah yang pasti tiba. Terima kasih dan sama-sama kita membuat persiapan. 










Saturday, January 4, 2014

LAWAK JENAKA – MATI DALAM TIDUR





Baru baru ini saya terdengar satu lawak jenaka , tak tahu dimana , dah lupa sumbernya. Ceritanya lebih kurang begini :

Seorang pemuda menangis kerana bapanya mati dalam tidur. Kawannya bertanya “Mengapa kamu menangis , bukankah mati dalam tidur itu baik ? . Pemuda menjawab yang bapanya mati dalam tidur ketika memandu bas dan ramai orang lain yang tidur dalam bas turut mati bersama.

Sebagai renungan malam tadi, saya terbaca pula satu persoalan “Bayangkan kalau anda tidur tanpa melakukan solat wajib dan esoknya anda bangun dan mendapati anda sudah berada didalam kubur”

Cuba bayangkan !

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca semua , jangan sesekali tinggalkan solat wajib. Terima kasih atas waktu anda.