Saturday, December 28, 2013

HARI TANPA PLASTIK





Lepas solat asar tadi saya kekedai beli barang-barang yang dah habis kat rumah. Semasa di kaunter bayaran, juruwang kata kalau nak beg plastik kena bayar 20 sen sehelai. Alamak kalau lima helai dah seringgit. Dah boleh beli tepung atau gula atau garam atau beberapa barangan lain. Maklumlah zaman barang naik ni , kita kena lebih berjimat.Naluri manusia memang begitu, kalau percuma , kita tak berapa ambil berat, atau membazir sahaja. 

Cuba kita lihat kurniaan Allah pada kita seharian , dan entah berapa kali kita mengucapkan Alhamdulillah pada Allah sebagai tanda syukur. Contoh :

1. Udara : Kawan saya baru belikan ayah beliau yang sudah bernafas – oxygen. Satu baling RM 1,200 dan tahan dua setengah jam sahaja.

2. Mata : Banyak kita salah gunakan dengan melihat benda-benda haram. Tengok wayang –bayar. Tengok TV bayar dan naik pula yuran bulanan TV berbayar. Baca majalah-majalah merapu –bayar. Cuba bayangkan kalau Allah kenakan bayaran atas mata dan penglihatan kita.

3. Pendengaran : Percuma sehingga kena penyakit pekak. Kena operate dan bayar macam-macam peralatan bantuan pendengaran. Telinga yang tidak ada masalah pula didedahkan kepada bunyi-bunyi maksiat saperti muzik, umpatan dan gossip.

4. Bau : Dulu saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hilang deria menghidu selama tiga tahun. Tidak ada nikmat wangi-wangian . Tidak boleh membezakan kawasan busuk dan kawasan bersih. Sekarang , bila Allah beri semula nikmat menghidu itu , semuanya seolah-olah sudah dilupai.

Banyak lagi senarai nikmat Allah ini boleh ditulis kalau kita mahu merenung. Anda sendiri boleh muhasabah diri masing-masing.

Bersyukurlah . Jangan tunggu hingga kita terpaksa membayar nikmat-nikmat Allah ini, baru kita sedar betapa banyaknya dan bernilainya anugerah Allah ini. Sama-sama kita renungkan dan terima kasih.










Friday, December 27, 2013

LIMA AMALAN POSITIF





1. Jangan tidur terlalu banyak, nikmati kehidupan yang produktif. Waktu untuk tidur masih banyak .......selama-lamanya sesudah kita meninggal.

2. Selalunya tidak ada orang yang peduli atas kesusahan anda, jadi lebih baik anda selalu bergembira.

3. Kalau anda tidak boleh menyelesaikan sesuatu , itu bukanlah masalah, itu adalah ketentuan.

4. Kegembiraan adalah saperti minyak wangi. Bila anda memercikkan kegembiraan , anda pasti terpercik dengan kegembiraan yang sama.

5. Kalau semua perkara yang baik akan berakhir , begitu juga dengan keburukan ,ia tetap akan berakhir juga.

Semoga dengan amalan ini kehidupan kita akan lebih bermakna dan dapat dicontohi oleh anak-anak , keluarga dan masyarakat sekeliling.

Terima kasih atas masa anda yang diluangkan untuk blog ini.












Thursday, December 26, 2013

SUSAH KENCING




Pada suatu hari ada seorang tua berumur 70 tahun tidak boleh membuang air kecil. Sesudah merujuk kepada doktor, beliau perlu dibedah jika dia hendak buang air kecil dengan normal semula.

Sesudah pembedahan beliau ditunjukkan kos pembedahan untuk dibayar. Pesakit tersebut kemudian menangis teresak-esak . Cuba menenangkan keadaan doktor berkata :

“Kalau kos perubatan ini Pak cik tidak mampu bayar , saya boleh uruskan pembiayaan dari badan-badan kebajikan”

Pak Cik lantas menjawab :

“Bukan kos perubatan yang mengejutkan saya , tapi selama 70 tahun saya hidup Allah tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran, tapi saya tidak pernah bersyukur”

Begitulah dengan banyak nikmat-nikmat lain yang manusia terima dari Allah tanpa apa-apa bayaran, tapi manusia lupa atau terlalu angkuh untuk bersyukur pada Allah.

Surah Ibrahim ayat 34 bermaksud :

“Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia ( yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”