Tuesday, December 3, 2013

SEKUNTUM BUNGA BERACUN






Baru-baru ini saya tertarik dengan beberapa kuntum bunga yang diperbuat dari bahan terbuang Nampak cantik dan halus buatannya. Disangkutkan pula di batang cangkul terbuang. Ia adalah satu projek ‘kitar semula’ yang bermanfaat.



Tapi nanti dulu. Ia bermanfaat di mata sahaja, tapi racun di jiwa. Rupa-rupanya bunga-bunga ini diperbuat dari puntong rokok, yang menyumbang kepada banyak penyakit kepada penghisap , orang di sekeliling dan juga alam sekitar.

  
Cuba bayangkan amaran demi amaran telah diberi oleh pakar perubatan, ulamak , majlis fatwa, ibu bapa , tetapi manusia tetap ingkar , tak peduli ataupun orang sekarang kata ‘buat dek’  saja
.


Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 March 1995 telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam. Diantara hujah yang digunakan mengharamkan rokok ialah surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

“........Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”

Nak cakap banyak pun tak guna . Tepuk dada tanya Iman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Terima kasih banyak-banyak kerana tidak merokok. Terima kasih.



Quote of the day




Monday, December 2, 2013

JENAKA ISLAMIK – ‘TEST DRIVE’ KUDA





Di satu pasar tani , seorang Imam mempamirkan kudanya untuk dijual. Seorang peminat kuda datang bertanya :

“Bolehkah saya ‘test drive’ kuda ini ?"

Imam berkata “Boleh, tapi kuda ini agak unik, kalau anda hendak kuda ini berjalan, katakan ‘Subhanallah’ . Kalau hendakkan kuda ini berlari , katakan ‘Alhamdulillah’, dan kalau hendak berhenti , katakan ‘Allahu Akbar’

Bakal pembeli pun memulakan tunggangannya : ‘Subhanallah’ , kuda mula berjalan . “Alhamdulillah” , kuda berlari. Kerana kegembiraan menunggang kuda tersebut, dia mengulang perkataan ‘Alhamdulillah’ berkali-kali dan kuda berlari bertambah laju hingga menghampiri gaung. 

Panik dan takut, dia tercari-cari perkataan untuk memberhentikan kuda tersebut. Tiba-tiba baru dia teringat ‘Allahu Akbar’ , kuda pun berhenti betul-betul ditepi gaung. Dengan nafas yang sesak, tercungap-cungap, dan gementar  dia bersyukur pada Allah ‘Alhamdulillah’. Kuda terus berlari dan masuk kedalam gaung.

Hati-hati dengan apa yang anda lafazkan. Terima kasih.


Quote of the day



Sunday, December 1, 2013

CABARAN ALLAH





Lakukan maksiat sekadar ketahanan kamu di seksa. Allah S.W.T berfirman dalam Hadis Qudsi : 

“ Dan berbuat dosalah kamu sekadar , kesabaran kamu tinggal didalam neraka”

Allah S.W.T mencabar kita. Silakan derhaka atau berbuat maksiat kepada Allah, tetapi ingat, sekadar kesanggupan kamu menahan seksa neraka. Cubalah bakar jari anda dengan api lilin walaupun sebentar sahaja. Cuba bayangkan pula panasnya api neraka. Berapa lama anda tahan jika dosa yang paling ringan pun otak anda akan menggelegak atas kepanasan api neraka tersebut. 

Fikirkanlah dahulu sebelum melakukan dosa . Terima kasih.

Dipetik dari Islam2U



Quote of the day