Friday, November 29, 2013

TINGKATKAN IMAN ANDA





Semalam kita telah melihat beberapa sebab yang menyumbang terhadap kelemahan Iman. Hari ini dicadangkan cara-cara mempertingkatkan keimanan yang sudah lemah , diantaranya :

1. Fahami keadaan Iman anda dan bertaubat.

2. Perbanyakkan solat

3. Baca al Qur’an

4. Banyakkan zikir



5. Banyakkan puasa-puasa sunat

6. Banyakkan melakukan kebajikan dan kebaikan

7. Ingati mati

8. Tambah ilmu agama kerana yang berilmu tidak sama dengan yang tidak berilmu

9. Banyakkan berdoa

10. Yakin terhadap bantuan Allah



Kita mulakan dengan 10 perkara ini dulu , mudah –mudahan keimanan kita akan mula meningkat dari masa ke semasa, In shaa Allah. Terima kasih.



Quote of the day





Thursday, November 28, 2013

LEMAH TENAGA BATIN





Kalau anda berjalan disekitar bandar , ataupun mengunjungi gerai-gerai semasa solat Jumaat, anda akan ketemu dengan gerai yang dikerumuni oleh ramai pengunjung. Selalunya gerai ini menjual ubat ‘kuat’ untuk orang yang lemah tenaga batin. Tapi malangnya orang tidak akan berhimpun dimajlis-majlis membincangkan ‘tanda-tanda Iman lemah’

Diantara tanda-tanda Iman lemah ialah :

1. Melakukan dosa tanpa merasa bersalah

2. Hati yang keras dan tidak berkeinginan membaca Al Qur’an

3. Malas untuk beramal. Contoh: melambat-lambatkan solat

4. Meninggalkan amalan sunat.

5. Mempunyai ‘mood’ yang berubah-rubah. Cepat terganggu atas perkara-perkara kecil.

6. Tidak terasa apa-apa bila mendengar ayat-ayat Al Qur’an .

7.Terlalu sukar untuk mengingati Allah apatah lagi untuk berzikir.

8. Tidak terasa apa-apa bila ‘SYARIAH’ di persenda.

9. Sentiasa mengejar pangkat dan kekayaan.

10. Sentiasa tidak tenteram jika terpaksa mmeberi bantuan harta atau derma

11. Menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

12. Berasa tenang bila orang lain tidak beribadat.

13. Sekadar mengelakkan yang haram tapi melakukan yang makruh.

14. Mempelekehkan mereka yang melakukan amalan kecil saperti membersihkan mesjid.

15. Tidak memikirkan keadaan masyarakat Islam sekitar.

16. Tidak berasa tanggung jawab untuk meningkatkan syiar Islam.

17. Tidak menerima takdir dan ketentuan Allah dengan redha: umpama menangis dan meraung semasa kematian keluarga tersayang.

18.Suka bertengkar dan berselisih pendapat tanpa ilmu dan asas yang kukuh.

19. Terlalu terpengaruh dengan dunia, bersedih jika kehilangan harta sahaja.

20. Sentiasa bersifat ‘keakuan’ ( mementingkan diri sendiri sahaja) 

Sebelum kita melihat ciri-ciri ini pada orang lain. Kita muhasabah diri kita bersama dahulu, kemudian eloklah kalau kita sampaikan pada orang lain. Kalau tiada kekuatan, kita cetak risalah-risalah saperti ini dan sebarkan. Terima kasih kerana sudi membaca.



Quote of the day



Wednesday, November 27, 2013

HUTANG BUDI KU BAWA MATI, HADIAHKU BAWA KE KUALA LUMPUR





Semalam ke Perlis menemankan sahabat ziarah bapa sauadaranya meninggal dunia. Semasa di tanah perkuburan saya tertarik melihat batang-batang cangkul disana tidak lurus saperti yang kita biasa lihat di Kuala Lumpur. Sesudah bertanyakan seorang penziarah di sebelah saya, difahamkan bahawa batang cangkul tersebut adalah buatan tangan dan hanya terdapat dijual dirumah-rumah tertentu bukan di kedai ‘hardware’.



Tuan Haji Abdul Rahim , sahabat yang berdiri sebelah saya memberi tahu lokasi tempat batang cangkul tersebut dijual, tetapi kerana tidak biasa dengan kawasan tersebut , saya pendam saja keinginan saya. Tiba-tiba sebelum pulang ke Kuala Lumpur Tuan Haji Abdul Rahim menalipon saya dan menghantarkan batang cangkul tersebut sebagai hadiah. Saya gembira hingga tidak terkata.

Tuan Haji Abdul Rahim telah beramal dengan hadis Rasullullah S.A.W bermaksud:

“Saling memberikan hadiah diantara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang”

Kita sebagai penerima hadiah pula mestilah menerima dengan gembira dan redha dengan apa yang diberi saperti maksud Hadis Rasullullah S.A.W juga :

“Sekiranya aku di undang untuk menyantap makanan yang berupa bahagian kaki atau bahagian bawah tumit, pasti aku akan penuhi undangan itu dan sekiranya aku dihadiahkan perkara yang sama juga , pasti aku menerimanya”

Begitulah indahnya ukhwah Islamiah . Terima kasih.



Quote of the day