Thursday, October 3, 2013

TANGGUNG JAWAB PERGAULAN DALAM ISLAM PART 5




Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali  jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.

Tanggung Jawab  Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :

10. PIHAK BERKUASA /PEMERINTAH

Berkenaan memilih dan melantik mereka yang akan memerintah atau berkuasa:
Al Qur’an An Nisaa’ ayat 58 bermaksud :

“Sesunnguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya( yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia , (Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan ( suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesunnguhnya Allah sentiasa mendengar , lagi sentiasa melihat”

Syarat-syarat tanggung jawab terhadap pemerintah yang lain ialah Al Qur’an An Nisaa ayat 59 bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman , taaatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada ‘Ulil Amri’ ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( kitab) Allah ( Al Qur’an ) dan  (Sunnah) Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ) dan lebih elok pula kesudahannya.”

“Taat (kepada pemerintah ) hanyalah dalam perkara perkara yang baik” ia itu arahan melakukan yang bertentangan dengan Islam tidak wajib di taati ( Bukhari )

Ketua negara Islam sesudah Rasullullah S.A.W , Saidina Abu Bakar berucap sesudah pemilihannya :

“Bantu aku kalau aku dalam kebenaran, betulkan aku jika aku melakukan kesilapan . Patuhi aku selagi aku mematuhi Allah dan RasulNya, jika sekiranya aku ingkar kepada Allah dan  RasulNya , aku tidak ada hak untuk kamu taati”

“Jihad yang paling baik ialah mengatakan yang benar walaupun dihadapan pemerintah yang zalim”



Quote of the day


“The worst of guardians is a cruel ruler.Beware of becoming one of them” Prophet Muhammad S.A.W as reported in Sahih Muslim – Hadith 846

Wednesday, October 2, 2013

TANGGUNG JAWAB PERGAULAN DALAM ISLAM PART 4





Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali  jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.

Tanggung Jawab  Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :

7. SUAMI /ISTERI

Al Baqarah : 187 bermaksud 

“.... Isteri- isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka......”

Ar Ruum : 21 bermaksud 

“ Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) , isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya diantara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.....”

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :

“Yang terbaik diantara kamu adalah yang paling lemah lembut pada isterinya” ( HR Tirmizi )

8. MAJIKAN/PEKERJA

Al Mukminun : 8 bermaksud

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”

‘Amanah’ termasuk tugasan dan perkara-perkara lain yang telah ditugaskan majikan kepada pekerjanya. 

‘Janji’ pula termasuk kontrak yang dipersetujui oleh kedua majikan dan pekerja.

Seorang sahabat Rasullullah S.A.W berkata:

“Aku berkhidmat kepada Rasullullah S.A.W selama 10 tahun , dan dia tidak pernah berkata kepada ku ‘Hoi’ dan dia tidak pernah mengatakan “Mengapa kau tak buat ini atau mengapa kau tidak buat itu” ( Riwayat Bukhari )

9. BINATANG

Surah Al An’aam : 38

“Dan tidak seekor binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat saperti kamu....”

Ada orang bertanya kepada Rasullullah S.A.W :

“Adakah pahala untuk kami ( dari Allah ) kerana membuat kebajikan kepada binatang ?” 

Baginda menjawab :

“Dalam setiap binatang yang mempunyai hati dan nyawa akan diberi pahala” (Dalam Mishkat )

“Berhati-hati dengan tanggung jawab anda kepada Allah berkaitan binatang ternakan , tonggang mereka semasa mereka mampu dan sembelih mereka ketika mereka berkeadaan sihat” ( Abu Dawud )

“Sesiapa yang bercucuk tanam ,  burung dan binatang memakannya ia dikira sebagai sedekah”( Dalam Musnad Ahmad )

Selamat beramal dan sampaikanlah kepada seramai mungkin manusia di muka bumi ini , hingga berjumpa lagi . In shaa Allah.


Quote of the day





ISLAM AND ANIMALS
 
The Prophet Muhammad (pbuh) said :
“A woman was punished  ( by God) because of a cat. She had not provided ( the cat) with food or drink, nor had she set it free so that it might eat the insects of the earth” Sahih Muslim Hadis 1047.

Tuesday, October 1, 2013

TANGGUNG JAWAB PERGAULAN DALAM ISLAM PART 3




Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.

Tanggung Jawab  Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :

5. ORANG MISKIN DAN MEMERLUKAN

Surah Al Baqarah ayat 177 bermaksud :

“....dan mendermanya seseorang akan hartanya- sedangkan ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin , dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi...”

Surah Al Maa’uun ayat 1-3 bermaksud

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama ( meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta zalim kepada anak yatim
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

Surah Al Ma’aarij ayat 24-25 bermaksud

Dan mereka ( yang menentukan bahagian ) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri ( daripada meminta)

6. JIRAN

Surah An Nissa’ ayat 36 bermaksud

...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim , dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh...

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :

“Bukanlah dari kalangan orang-orang yang beriman apabila didalam keadaan kenyang sedangakan jirannya dalam kelaparan” ( HR Bukhari )

Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud :

“Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran , sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia ( jiran) layak untuk diwarisi ( mendapat harta pusaka) (HR Bukhari) 

Selamat beramal sehingga berjumpa di siri yang akan datang. In shaa Allah. Terima kasih.


Quote of the day