Thursday, September 5, 2013

SATU MALAYSIA ATAU SATU MANUSIA




Saya agak tertanya –tanya bila melihat ‘PUBLIC TOILET 1 MANUSIA’ disebuah restoran di Kuching baru-baru ini. Kata isteri saya , maksud toilet satu manusia itu hanya seorang boleh masuk pada satu waktu. Tapi rasa saya maksudnya ialah ‘unisex’ . Tandas tersebut boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Betullah kata perumpamaan Melayu “Lama hidup banyak dirasa, jauh perjalanan banyak pandangan”

Allah juga menggalakkan kita berjalan, bermusafir supaya kita dapat mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat. Firman Allah yang bermaksud :

“Pergilah berjalan ( mengembara) dimuka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah ( Surah al An’am ayat 11)

“Katakanlah : Jelajahi muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat ( yang menimpa) orang yang berdosa” ( surah an Naml ayat 69)

Imam As Syafi’ie Rahimahullah ada menukil sebuah syair tentang galakan merantau:

Tiadalah ketenangan ditempat kediaman 
bagi orang yang cerdik dan berpekerti
maka tinggalkanlah tanah air dan merantaulah......

Bermusafirlah , kamu akan peroleh pengganti 
bagi sesiapa yang kamu berpisah
bersungguh-sungguhlah 
kerana kemanisan hidup itu ada pada kesungguhan

Sungguh kulihat 
air yang bertakung itu mengeruhkan
sekiranya ia mengalir , ia menjadi jernih
sekiranya tidak mengalir ia kekal keruh

Sang Singa jika tidak meninggalkan tempatnya, 
ia tidak akan dapat membaham mangsa
dan anak panah pula jika tidak meninggalkan busurnya 
ia tidak akan mengenai sasaran

Pergilah mengembara, mudah-mudahan dengan pengembaraan itu kita dapat banyak belajar dan sekaligus dapat menguatkan keimanan kita . Insyaa Allah.


Quote of the day





Wednesday, September 4, 2013

TUNE HOTEL KUCHING




Sabtu lalu pergi ke Kuching untuk mendaftarkan anak di UNIMAS. Sebagai langkah berjimat cermat semua pembelian mestilah yang termurah, apatah lagi dalam keadaan negara kita yang sedang dilanda ribut ‘barang naik’ sekarang ini. Kami sekeluarga memilih Tune Hotel sebagai tempat penginapan. RM48 satu  malam. Tambah service charge , tambah service tax, masih ok lagi.

Buat pertama kali menginap di Hotel tersebut, saya agak terkejut juga. Tuala kena bayar lain. Sabun , shampoo kena bayar juga. Air cond seringgit lebih satu jam. TV kalau nak tonton kena bayar. Cermin ada dalam bilik air saja, begitu juga bakul sampah.Kalau terlalu banyak bag , kena sewa storage. Kalau lambat keluar Hotel (check out ) kena bayar lagi.




Semasa saya merenung Sungai Kuching yang di indahkan sampan dan bot yang lalu lalang , saya teringat keadaan kita di bumi Allah ini :

1. AIR COND
Saya nisbahkan kepada udara. Allah tak pernah minta kita bayar. Hiruplah semampu mungkin, hingga akhir hayat.

2. TV
Saya nisbahkan kepada mata. Tak pernah datang bill , boleh lihat segala-galanya (kalau tidak cacat) .Kita pula gunakan dengan melihat benda-benda haram, tanpa bersyukur kepada pencipta mata tersebut.

3. STORE
Yang dikenakan bayaran kalau simpan barangan samalah saperti tempat kita membuang sampah , hinggakan buang sampah merata. Di hutan , dalam sungai , merata bandar , merata taman, sampai timbul masalah pencemaran.

4. CHECK OUT TIME (waktu keluar hotel)
Saya nisbahkan kepada ketetapan waktu. Adakah kita solat diawal waktu. Adakah kita melaksanakan arahan Allah yang lain saperti Zakat, Haji ,tepat pada waktu apabila cukup syaratnya ?

Keseluruhan sistem membayar setiap kemudahan di Hotel tersebut saya rasa sesuai dengan tuntutan Islam supaya kita tidak membazir. Air cond dibayar setakat yang diperlukan. Sabun, shampoo tidak terbazir begitu sahaja. Keluar masuk hotel, melatih ketetapan waktu dan disiplin.

Allah telah lama memperingatkan manusia supaya jangan membazir saperti surah al-Isra’ ayat 27 bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

Oleh itu kita banyak-banyaklah bersyukur dengan banyak nikmat Allah yang kita gunakan secara percuma, saperti yang diperingatkan Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 maksudnya :

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu , demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Amat malulah kita kalau Tune Hotels telah mengamalkan jimat cermat dan dapat membantu manusia berbelanja dengan sederhana, apakah pula sumbangan kita kepada Islam ? Terima kasih.



Quote of the day




Tuesday, September 3, 2013

TAULADAN DARI PENSIL





Seorang pembuat pensil menasihati pensilnya sebelum memsukkan pensil pensil tersebut kedalam kotak. Ada lima perkara yang perlu kamu lakukan untuk menjadi pensil yang berjaya “katanya :

1. Kamu akan berjaya kalau kamu berada dalam pegangan tangan seseorang.

2. Sesekali kamu akan terasa sedikit kesakitan ketika ditajamkan , tetapi ia perlu untuk menjadikan kamu berjaya.

3. Kamu mesti membetulkan kesilapanmu dengan getah pemadammu.

4. Perkara yang paling mustahak ialah perkara dalaman kamu.

5. Diatas setiap permukaan kamu tulis kamu mesti meninggalkan tulisan walaupun dalam keadaan susah”

Pensil-pensil tersebut memahami dan berjanji akan mengingati pesanan tersebut dan mereka di masuk kedalam kotak dengan penuh matlamat.

Sekarang kita gantikan watak pensil tadi kepada watak anda. Kalau kerap diamalkan ia akan mendorong anda kearah kejayaan ! Sentiasa ingat dan jangan sesekali melupakan tauladan yang indah ini :

1. Anda akan mampu untuk mencapai banyak kejayaan –kejayaan yang luar biasa jika anda sentiasa mengikut pedoman Allah/Tuhan dan terimalah permohonan pendapat , tunjuk ajar dan bimbingan oleh manusia lain.

2. Anda akan menghadapi beberapa ujian , dugaan dan keperitan hidup tapi itu semua mustahak untuk mematangkan dan menguatkan anda.

3. Anda perlu membetulkan dan memperbaiki kesilapan anda.

4. Yang paling mustahak dalam diri anda ialah dalaman anda . Hati dan rohani anda.

5. Dimana pun anda berjalan , di universiti , bersama masyarakat , bekerja, anda mesti melaksanakan tanggung jawab anda dengan cemerlang.

Gunakanlah cerita pensil ini sebagai contoh dan galakan , sama ada semasa anda belajar ataupun sudah bekerja nanti, apatah lagi dalam kehidupan berumahtangga. Terima kasih.



Quote of the day