Saturday, August 3, 2013

KASIH ALLAH




“Allah sangat kasih kepada manusia yang bersedih atas sedikit masalah dan kesusahan yang menimpa orang lain” – Shaykh Zulfiqa


Quote of the day


Friday, August 2, 2013

PENAT TAPI RINDU




Hari ini terlalu penat, penat menguruskan dunia. Tak habis-habis tapi terlalu rindu pada pembaca. Atas sebab itu saya turunkan di sini satu fadilat solat malam, mengikut hadis Sahl bin Saad dia berkata :

“Jibril pernah datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: Wahai Muhammad hiduplah sesukamu sesungguhnya engkau akan mati, berbuatlah sekehendakmu sesungguhnya engkau akan dibalas dengannya dan cintailah sesiapa saja yang engkau sukai, sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya, ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin adalah (dengan) solat malam dan kehormatan, keperkasaan manakala tidak tergantung kepada manusia” ( HR Thabrani)


Quote of the day


Thursday, August 1, 2013

AZAB DI JALAN YANG TIDAK LURUS





Sudah empat hari berulang alik dari Zoo Negara ke Subang Jaya. Semalam adalah hari yang paling azab. ‘Jam’ . ‘Jam’ dari dua kilometer sebelum Tol Jalan Duta sampailah ke Subang .Semasa masuk ke tol Subang Jaya masih nampak ‘jam’ hala ke Shah Alam sejauh mata memandang.

Sebabnya mudah saja. Allah jadikan beberapa kereta rosak di tepi jalan ditambah teruk lagi dengan kerja-kerja pembesaran jalan. Kereta mewah tak boleh jalan sangkut. Kereta murah sangkut.  Kereta sports  tak boleh menyelit. Lori apatah lagi. Ambulan menjerit-jerit tak boleh jalan juga. Kalau lah kereta PM lalu ketika itu PM pun akan turut sangkut. 

Betullah slogan yang mengatakan “Manusia boleh membeli kemewahan tapi tidak boleh membeli kebahagian” Yang bahagia pada petang itu cumalah motosikal yang bebas menyelit ke sana sini.


Saya lihat ke kiri kekanan , agak melucukan . Ada orang duduk dalam Mercedes S Class , muka masam. Ada yang duduk dalam BMW 7 series tak mampu bercakap dengan orang sebelah. Porche yang sentiasa ‘ribut’ di jalan tapi cuma mampu merangkak petang itu. Jadi apa agaknya kebahagian dunia yang sebenar ?

Suatu hari para Tabi’in bertanya apa yang di maksudkan dengan kebahagian dunia. Ibnu Abbas menjawab ,ada 7 indikator kebahagian dunia ia itu :

1. HATI YANG SELALU BERSYUKUR

2. PASANGAN HIDUP YANG SOLEH

3. ANAK YANG SOLEH

4. PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK IMAN KITA

5. HARTA YANG HALAL

6. SEMANGAT UNTUK MEMAHAMI AGAMA

7. UMUR YANG BERKAT, SETIAP DETIK DI ISI DENGAN IBADAH

Terima kasih kerana membaca . Tetapi tidaklah lebih baik dari yang menulis ataupun membaca, kerana yang lebih baik di sisi Allah adalah yang mengamalkannya.


Quote of the day