Sunday, June 2, 2013

TV PART 2 - MENONTON TERLALU BANYAK BOLEH MEMBUNUH





Sesiapa yang menonton TV lebih dari empat jam sehari berisiko tinggi untuk mati lebih awal , mengikut satu kajian di Australia. Menonton TV buat masa yang lama juga mendatangkan kesan buruk bagi jantung anda mengikut kajian yang diterbitkan oleh “Journal of the American Heart Association”

Mereka yang menonton TV lebih dari empat jam sehari mempunyai risiko 46% lebih tinggi untuk mati dari sebab-sebab kematian lain, mengikut pengkaji David Dunstan yang memberitahu AFP , menonton TV berlebihan juga mempunyai risiko 80% untuk mendapat penyakit kardiovaskular.,katanya.

Duduk begitu lama menjadikan otot-otot tidak digunakan dan sekali gus tidak dapat memproses gula dan lemak , kata Dunstan. Penemuan ini adalah hasil dari kajian enam tahun dalam penelitian tabiat terhadap 8,800 penduduk Australia. Kajian itu juga mendapati mereka-mereka yang kerap bersenam juga berkemungkinan akan mendapat sakit-sakit badan jika mereka duduk menonton TV dalam jangka waktu yang lama.

Penemuan ini juga mencadangkan untuk penonton TV yang tegar , “Matikan TV . Bangun dan buat kerja-kerja dan gerakkan badan yang lebih menyihatkan “ Di terjemahkan dari : news.discovery.com



Mungkin ada diantara kita memang berniat untuk tidak membuang masa dengan menonton TV lagi, tetapi sentiasa dipujuk dan dirayu oleh syaitan disekeliling kita. Ada beberapa cara untuk melawan syaitan diantaranya :

1. Ikhlas dalam beragama

2. Takut hanya kepada Allah

3. Jangan ikut arahan syaitan

4. Solat berjemaah

5. Zikir dan Doa

Istiqamah dengan amalan tersebut, Insha Allah perubahan akan dapat anda lihat. Terima kasih.


Quote of the day


“Watching television is like taking black spray paint to your third eye.”









Saturday, June 1, 2013

KEBIJAKSANAAN DIAM





Belajarlah untuk diam saperti anda belajar untuk bercakap, kerana kalau bercakap membimbing anda , diam pula mengawal anda. Dengan berdiam anda memperolehi dua kebaikan , anda dapat ilmu dari mereka yang lebih berilmu dari anda, dan anda dapat menjauhkan diri dari mereka yang lebih jahil dari anda
.
Rasullulah S.A.W pun ada mengingatkan umat Islam bermaksud : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat hendaknya dia berkata perkataan yang baik ataupun diam” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah pula didalam Al Qur’an Surah Qaff:18 bersabda dengan maksud “Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atib”



Perbuatan diam mengandungi banyak hikmah, diantaranya:

1. Sebagai ibadah badan tanpa bersusah payah

2. Menjadi perhiasan tanpa berhias

3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan

4. Membina benteng tanpa pagar

5. Kaya budi tanpa meminta maaf

6. Memberi kerehatan bagi 2 Malaikat pencatat amal

7. Menutup segala aib dan masalah

Manusia juga dinasihatkan dalam satu ungkapan kata-kata “Hati orang yang bodoh berada dimulutnya dan lidah orang yang bijak itu adalah dihatinya”

Sekian dulu nak cakap banyak pun takut , takut banyak yang tak kena. Terima kasih.

Quote of the day