Friday, May 3, 2013

HAKIM YANG BIJAK




Dua orang wanita mengadap seorang Raja. Kedua-dua mereka bertengkar atas perebutan seorang bayi yang kedua-duanya mengaku ibu kepada bayi tersebut. Wanita pertama berkata,”Tuanku , ini adalah anak saya”. Yang kedua pula berkata “Jangan percaya cakap dia Tuanku, ini adalah anak saya”.

Raja bertambah celaru. Sesudah berfikir panjang baginda bertitah “Potong bayi ini kepada dua bahagian”. Perempuan pertama berdiam diri, manakala perempuan kedua menangis dan merayu “Tuanku , biarkanlah dia memiliki bayi ini asalkan bayi ini hidup”. Akhirnya Raja memberikan bayi tersebut kepada perempuan kedua yang menangis. 

KEBENARAN AKAN SENTIASA TESERLAH

Kita juga tidak terlepas dari menjadi hakim. Hakim kepada anak-anak berselisih faham. Hakim kepada pasangan suami isteri yang bergaduh. Hakim kepada kakitangan atau jiran setempat dan  5 MAY ini hakim kepada dua kumpulan parti yang bertanding  pada PRU 13  nanti. Jadilah hakim yang bijak ! 

Terima kasih kerana menjadi hakim yang adil .

Quote of the day

If you only pray when you’re in trouble...you’re in trouble

Thursday, May 2, 2013

ISTERI YANG BIADAP



Seorang alim telah menanggung azab kerana mempunyai seorang isteri yang mulutnya celupar. Penduduk kampong pun dapat merasai kesengsaraan orang alim tersebut. Ramai yang menasihatkan supaya perempuan tersebut diceraikan. 

Walau bagaimanapun orang alim tersebut menjawab:
“Kalau aku ceraikan isteri aku ini ada dua kemungkinan akan berlaku” katanya. “Pertama tidak ada orang akan mengahwini dia , dan dia akan berada dalam kesusahan. Kedua ada orang akan mengahwini dia dan lelaki itu akan berada dalam kesengsaraan pula, saperti yang aku alami. Jadi biarlah aku bersabar dan menanggung ujian ini”

Ya Allah , kurniakan kami isteri-isteri solehah yang sejuk mata memandangnya. 


Untuk pengetahuan para isteri dan bakal-bakal isteri , cara untuk menjadikan suami sentiasa gembira sangatlah mudah, diantaranya saperti yang dirumuskan dari buku “How to make your husband happy” oleh Sheikh Mohammed Abdel Haleem Hamed adalah saperti berikut:

1. Sambut kepulangan suami dengan ceria

2. Lembutkan suara anda

3. Sentiasa kemas dan harum bersama suami

4. Sentiasa redha dengan keadaan suami walaupun dia miskin. Ukuran nikmat   sebenar adalah keimanannya.

5. Jangan terlalu mengejar dunia

6. Kesetiaan semasa suami dalam kesusahan atau kesakitan

7. Ketaatan

8. Menenangkan suami ketika marah

9. Jaga diri semasa ketiadaan suami

10. Hormati keluarga suami dan teman

11. Kesabaran dan bantuan moral

12. Bantu dalam dakwah

13. Jaga kebersihan rumah

14. Cemburu berpatutan tanda sayang

15. Jangan melawan ketika suami sedang marah. Jangan lawan api dengan api

Dengan sikap seperti ini mudah-mudahan rumah tangga selamat dan terus melahirkan generasi yang soleh dan solehah seterusnya memberi kejayaan didunia dan akhirat.Terima kasih.

Quote of the Day :

The day of judgement is drawing nearer. No one besides Allah can rescue a soul from hardship. Does this statement seem strange to them and do they laugh instead of weep, indulging in carelessly idle games? So prostrate yourselves before Allah and worship Him –surah An-Najm (53 : 57 – 62)

Wednesday, May 1, 2013

CINTA





Satu renungan.....

Cinta bukanlah perkataan
Tapi ianya perasaan

Cinta bukan untuk ditunjuk
Tapi jiwa terasa sejuk

Cinta bukan untuk mencari kelemahan
Tapi redha dengan segala pemberian

Cinta bukan satu permintaan
Tapi satu pengorbanan

Cinta bukan untuk melukai
Tapi ia untuk ambil peduli

Cinta itu bukan buta
Tapi ia tidak perlu mata
Untuk melihat ,merasa
Dan kadangkala menderita 


Nota:

Tidak ada cinta yang paling agung kecuali  dua cinta yang berlandaskan keihklasan hanya kepada pencipta .Cinta yang menautkan dua jiwa menjadi satu rasa, cinta pada yang maha kuasa- Allah


Quote of the day

Uqbah met Allah’s messenger s.a.w and asked him wherein salvation consisted. He (s.a.w) replied “Control your tongue, keep to your house and weep over your sin” al-Tirmidhi hadith 4837