Sunday, February 3, 2013

BERSAHABAT DENGAN PEMBUNUH




Dihalaman rumah saya banyak kucing kucing jalanan singgah makan. Ada juga kucing kucing tersebut terus tinggal dirumah bersama saya. Makanan sentiasa saya sediakan sebab mereka makan tidak serentak.

Oleh kerana makanan sentiasa ada , tikus tikus pula mengambil kesempatan tumpang makan dan tinggal dikawasan yang sama bersama kucing. Satu perbuatan yang sangat bahaya. Tinggal di kawasan yang kependudukan kucingnya amat tinggi.

Satu hari saya nampak seekor tikus telah menjadi mangsa kucing. “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh kebumi juga”.itulah bahayanya kalau berkawan dengan orang orang jahat (musuh). Satu hari kita akan ditimpa bahaya juga.

Imam Al-Ghazali telah memberi panduan ringkas bagi kita untuk memilih kawan, diantaranya;

1. Berakal

2. Berakhlak 

3. Soleh

4. Bersederhana

5. Bercakap benar

Hadis berkaitan kawan :

Rasullullah s.a.w bersabda “Seseorang insan adalah terikut -ikut  dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat” . ( HR  Al-Tirmizi dan al- Hakim)

“Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin”. ( Riwayat Abu Daud)

“Setiap dua orang Mukmin bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”. ( Riwayat Abu Daud)

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih” (Riwayat Malik) .

Semoga kita beramal dan selalu berpandu kepada hadis hadis Rasullullah s.a.w supaya hidup kita berada diatas landasan yang betul . Terima kasih.


Quote of the day

Beware of this world , for it is sweet and tempting.

Saturday, February 2, 2013

SUAMI YANG BERJAYA




Ramai suami diseluruh dunia yang gagal menjadi suami yang pengasih , penyayang dan mesra rumahtangga. Diantara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah gangguan dari luar rumah yang datang dari pelbagai sumber.

Di Amerika umpamanya gangguan media baru menyumbang kepada keruntuhan institusi rumah tangga. Mengikut Naib Presiden AAML ( Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika) 60% perceraian diAmerika berpunca dari Facebook , 15% Myspace dan 5% Twitter.

Kita berdoa supaya trend ini tidak akan melanda Malaysia, tetapi syaitan tidak akan berputus asa untuk memecah belahkan anak Adam. Persiapkanlah diri kita dengan :


CIRI CIRI SUAMI BERJAYA

1.  Berpakaian kemas untuk isteri anda, selalu nampak segak dan harum.

2.  Panggil isteri dengan nama yang paling comel.

3.  Perhatikan kebaikan isteri seharian dan beri tumpuan /pujian.

4.  Jika ada kesilapan isteri , diam atau jangan komen.

5.  Senyum selalu pada isteri , bukankah senyuman itu satu sedekah.

6.  Ucapkan terima kasih untuk semua kebaikan isteri , dan ulang ucapan tersebut selalu.

7. Tanya isteri apa-apa yang dia suka kita lakukan , kemudian lakukan perkara tersebut selalu.

8.  Jangan merendah-rendah atau pelekeh isteri anda.

9.  Selalu bergurau atau berlawak dengan isteri .

10. Ingat hadis Rasullullah s.a.w “ Orang terbaik dikalangan kamu ialah mereka yang melayan isterinya sebaik mungkin. Dan akulah diantara kamu yang paling baik kepada keluarganya”.


Dan akhir sekali jangan lupa untuk berdoa pada Allah untuk kejayaan rumahtangga anda.

Quote of the day

To know oneself  is to study oneself in action with another person.

Friday, February 1, 2013

ISTERI YANG BERJAYA




Mengikut sumber JAKIM , pada tahun 2009 , setiap 15minit diMalaysia  ini berlaku satu perceraian dalam keluarga Islam. Dari jumlah 135,136  perkahwinan pada tahun tersebut , berlaku  27,116 perceraian . Di Selangor pula terdapat 4,614 perkahwinan pada tahun yang sama dan 3,722 pasangan berakhir dengan perceraian. 

Di sini saya ingin mencatitkan ciri ciri isteri yang berjaya supaya perceraian dapat dielakkan . Mencegah lebih baik dari mengubati .

CIRI CIRI ISTERI BERJAYA

1. Jadilah isteri terbaik seboleh mungkin . Banyak ciri ciri isteri solehah yang telah ditetapkan Islam , bacalah hadis hadis berkenaan.

2. Jangan tinggal solat. Sentiasa meminta keampunan dan keberkatan Allah dalam perkahwinan anda.

3. Fahami dan hormati suami anda. Isteri yang baik sepatutnya jujur, ikhlas dan sedar tanggungjawab melayan suami.

4. Penuh keyakinan . Bila berdampingan dengan suami tunjukkan keyakinan diri dan sentiasa ceria. Sebarang perubahan air muka akan dapat dirasai suami.

5. Berterus terang , jangan bercakap secara kias atau samar samar .Suami anda bukanlah pakar ‘membaca minda’.

6. Jangan harapkan bulan dan bintang . Suami ada kelemahan . Isteri ada kelemahan . Cuba sesuaikan dan redha dengan kekurangan masing masing.

7. Jangan jadi diri anda sebagai ‘Puan semua  tak kena’ . Selalu berleter dan mencari salah suami akan mengeruhkan rumah tangga . Kalau suami cuba menolong kerja rumah biarkan, jangan pertikaikan cara beliau membuat kerja tersebut. Sentiasa bersyukur pada Allah tentang apa yang anda ada.

8. Terimalah sisuami seadanya. Dengan penerimaan tersebut anda akan lebih menghormati beliau . Dia pula akan bertambah matang dengan dorongan anda dan dapat berfikir dengan rasional dan tenang menuju matlamat bersama.

9. Berpakaian kemas dan menarik . Kalau anda seorang suri rumah , jangan pakai pakaian tidur anda sehari suntuk . Berkelakuanlah saperti seorang wanita , sopan dan lemah lembut.

10.Berkejarlah kepintu bila suami balik, seolah- olah anda menunggu kepulangannya . Senyum, peluk dan ciumlah suami.

11. Bantulah suami semasa keadaan susah . Dia memerlukan si isteri untuk mendengar , membelai dan memberi beliau kekuatan. Jangan mementingkan diri sendiri dalam keadaan getir.


Quote of the day


HAPPINESS – The happiest people don’t have the best of everything, they make the best of everything.