Wednesday, January 30, 2013

TIP KECANTIKAN !





1.  Untuk bibir yang menarik selalukan bercakap tentang kebaikan.

2.  Untuk mata yang cantik , lihatlah kebaikan pada orang lain.

3.  Untuk badan yang langsing , kongsi makanan anda dengan orang miskin.

4.  Untuk rambut yang rapi , damping anak anak kecil , supaya dia selalu mengusap rambut anda.

5. Untuk keterampilan , berjalan dengan kefahaman bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.


Ingatlah , kalau anda memerlukan tangan tangan untuk menolong , anda dikurniakan oleh Allah dua tangan , satu untuk menolong diri anda sendiri dan yang satu lagi untuk menolong orang lain.Bantulah mereka yang kurang  bernasib baik , yang memerlukan bantuan , pasti keseluruhan hidup anda akan bertambah ‘CANTIK’.


Quotes of the day

The only lasting beauty is the beauty of the heart.

Perfume yourselves with the fragrance of seeking forgiveness, don't let  the stench of sins pollute you.

Monday, January 28, 2013

GIGIT GIGIT SEMUT




Pagi tadi semasa berjalan ditaman surau , saya terpijak sarang semut merah. Banyak yang mengigit kaki saya. Lama juga baru boleh buang semut semut tersebut.

Saiz semut itu amat kecil dibanding dengan kita . Otaknya lagi kecil. Tapi keberaniannya agak luar biasa bila berdepan dengan musuh.

Macamana kita bila berdepan dengan musuh, bukan saja musuh yang boleh membunuh kita tapi yang lebih teruk lagi musuh yang boleh merosakkan akidah kita dan mencemarkan agama kita.

1. Beranikah kita menegur anak anak dan isteri yang tidak menutup aurat.

2. Beranikah kita memarahi anak dan isteri/suami yang tidak cukup solatnya.

3. Beranikah kita melarang tanggungjawab kita dari menonton perkara perkara yang tidak sesuai dengan Islam.

4. Beranikah kita menasihati anak, keluarga atau kawan kawan berhenti merokok.

5. Beranikah kita untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Kalau tidak malulah kita kepada semut semut kecil tadi yang sanggup berkorban demi mempertahankan sarang dan masyarakat mereka dari diganggu manusia/musuh. Kalau kita tidak menggigit musuh musuh Islam , satu hari kita akan cuma menggigit   jari sahaja. Terima kasih. 


Quote of the day


Victory is gained by resolutions and determination – Prophet Muhammad (p.b.h)

Sunday, January 27, 2013

PARKER – Made in UK




Tadi saya tercari -cari pen nak mula menulis artikel hari ini . Mula menulis dengan pen Parker , tapi dakwat tak keluar . Kemudian cari pen lain yang harganya cuma 55sen. Alhamdulillah, lancar . Teringat saya satu cerita  :-

Sekumpulan professional muda yang runsing ( stress) berjumpa bekas pensyarah mereka untuk minta nasihat . Pensyarah menghidangkan air . Oleh kerana tetamu begitu ramai, terpaksalah pensyarah tersebut menghidangkan air dalam cawan yang berbagai jenis. Bila hidangan sampai semua berebut cawan yang cantik dan nampak mahal.

Kemudian pensyarah memulakan nasihatnya “Awak semua stress , bermasalah kerana terlalu mengutamakan kecantikan luaran, status, symbol dan harga yang mahal. Walaupun airnya  (isinya) sama tapi awak semua berebut pada cawan yang cantik”. 

Perkara yang sama juga berlaku pada kebanyakan manusia zaman sekarang . Dari dibangku sekolah telah memilih barang barang berjenama walaupun kegunaannya tidak berbeza. Kasut , basikal dan baju mahal- mahal belaka. Yang mula bekerja pula berterusan menukar handphone, selagi ada model baru. 

Jam tangan , kalau yang harga Rm seribu  boleh menentukan waktu yang tepat , mengapa mesti membeli jam yang harganya Rm lima ribu .Umur meningkat lagi ‘main’kereta pula. Dari satu jenis ke jenis yang lain . Begitulah seterusnya , Kalau mampu dan tidak membebankan takpe juga. Itupun kan lebih baik menabung.

Ringkasnya kita sepatutnya sederhana dalam banyak keadaan supaya tidak timbul tekanan yang tidak menentu . Terima kasih.


Quote of the day 

“The truly rich are those who enjoy what they have”.