Wednesday, January 2, 2013

PESANAN IMAM AL-GHAZALI




Yang singkat itu ‘waktu’
Yang menipu itu ‘dunia’
Yang dekat itu ‘kematian’
Yang besar itu ‘hawa nafsu’
Yang berat itu ‘amanah’
Yang sulit itu ‘ikhlas’
Yang mudah itu ‘berbuat dosa’
Yang susah itu ‘sabar’
Yang sering lupa itu ‘bersyukur’
Yang membakar amal itu ‘mengumpat’
Yang mendorong ke neraka itu ‘lidah’
Yang berharga itu ‘iman’
Yang mententeramkan hati itu ‘teman sejati’
Yang ditunggu Allah s.w.t itu ‘taubat’

CADANGAN : Mungkin  lebih baik kalau kata kata ini dicetak (print) dan ditampalkan ditempat tempat yang mudah dilihat sebagai peringatan setiap hari.

Tuesday, January 1, 2013

33 CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK



1. Tunjukkan minat pada pengalaman seharian anak anak walaupun mereka tidak minat untuk bercerita.
2. Beri tumpuan semasa mereka bercakap seolah olah dia seorang sahaja bersama anda.
3. Luangkan masa bersama mereka supaya mereka lebih banyak bercerita ( meluahkan perasaan )
4. Makan bersama 
5. Pandang wajah anak semasa berkomunikasi
6. Beri perhatian pada anak anak walaupun berbual dalam hal hal kecil.
7. Berbual dengan jarak dekat, bukan menjerit dari jauh.
8. Tunjukkan kasih sayang dan beritahu yang anda mengasihi mereka.
9. Selalu beritahu yang anda meyakini mereka.
10. Jaga batas perhubungan dengan anak anak jangan sampai mereka tidak menghormati anda.
11. Selalu dengar penjelasan mereka jika ada perbalahan dengan kawan kawan.
12. Puji setiap pencapaian ( kejayaan ) mereka.
13. Terbuka dan jujur dalam semua perkara.
14. Cuba beri masa bersama setiap anak anak walaupun sekejap.
15. Cuba baca yang tersirat dalam perbualan dengan mereka .
16. Galakan jikalau anak anak cuba untuk memberitahu sesuatu.
17. Tanya pendapat mereka tentang sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan bersama.
18. Ceritakan perkara yang anda lalui pada siang hari dan galakkan perbualan.
19. Peluk mereka sebanyak mungkin setiap hari.
20. Selalu gunakan perkataan “TOLONG” dan “TERIMA KASIH” . Mereka akan berakhlak mulia dengan contoh tersebut.
21. Minta pendapat mereka jika membuat keputusan besar seperti membeli kereta atau rumah.
22. Ceritakan pengalaman anda semasa anda berumur seperti mereka.
23. Beriadah dengan mereka sebanyak mungkin.
24.Selami kehidupan mereka dan ketahui perkara yang mereka minati.
25. Sesekali jadilah seakan anak anak , bergurau dan bermain bersama mereka .
26. Hormati hak mereka , minta izin untuk masuk bilik.
27. Beri kejutan dengan pemberian hadiah.
28. Bangga dengan apa apa pencapaian mereka walaupun kecil.
29. Selalu pegang mereka dalam waktu yang lama.
30. Galakkan mereka mencari hobi sendiri.
31. Perhatikan dan bantu jika perlu untuk menyelesaikan/memperbaiki  kesilapan mereka .
32. Bawa mereka ketempat anda semasa kecil dulu dan ceritakan pengalaman anda.
33. Maaf memaafkan antara satu dengan yang lain.

“Didiklah anak anak kita bukan semata- mata untuk menjadi manusia yang berjaya , tapi lebih kepada manusia yang memberi manafaat kepada manusia lain”

Tuesday, March 29, 2011

GAGAK BERZIKIR.

Ajaran Islam memberitahu kita yang binatang-binatang juga berzikir mengingati Allah. Kalau kita dapat mendengar betapa banyak mereka berzikir dan kadang-kadang berdoa untuk kita, tentulah kita akan cepat insaf dan memperbaiki amalan kita,. Tapi dengan kuasa Allah, kita kadang-kadang ditunjukkan benda-benda yang pelik. Perkara ini bukanlah untuk ditonton dengan perasaan hairan dan mempesona sahaja, tapi tontonlah dengan keinsafan, dan mengambil iktibar darinya. Video berikut umpamanya menunjukkan seekor gagak menyebut ALLAH, ALLAH, ALLAH.. Berapa banyak pula kita menyebut nama Allah dalam sehari semalam?