Saturday, May 9, 2015

BUKA MULUT



Kata orang tua-tua, kalau menguap kena tutup mulut, kalau tidak lalat akan masuk. Betul juga , kalau tak gosok gigi , memanglah lalat tertarik untuk masuk.

Maksud  saya di sini ialah kita kena menggunakan lisan secara positif untuk mengembirakan atau menasihat sesiapa saja yang kita temui.

Satu hari saya membeli bahulu dari seorang peniaga. Saya bertanyakan khabar, sama ada dia sudah makan atau belum dan lain-lain soalan yang menunjukkan kita simpati dengan peniaga tersebut. Tiba-tiba dia menambah beberapa bahulu dan mengatakan yang lebih itu hadiah dari dia. Mungkin dia terasa dihargai.

Pada waktu yang lain pula , saya menunggu pesanan sate, orang agak ramai dan asap pun boleh tahan juga masuk ke mata. . Saya mula berbual dengan seorang pelanggan yang sama-sama menunggu sate. Bertanyakan khabar, tempat bekerja , asal dan lain-lain. Cepat sungguh waktu berjalan . Sate pun siap. Sebelum saya membayar sate yang dipesan dia telah mencelah dan telah membayarkannya untuk saya.

Begitulah kuasa komunikasi , ia boleh mengujudkan suasana indah atau sebaliknya.Akan datang saya akan cuba ceritakan kesan komunikasi yang berlainan pula.


Terima kasih atas perhatian anda.

Thursday, April 30, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 8



Untuk mengakhiri siri kisah benar kita ini, kita akan cuba mengambil beberapa pengajaran dari watak-watak utama dalam cerita ini. Jika ada sebarang kebaikan kita jadikan contoh dan ikutan dan sebarang keburukan kita jadikan sempadan.

Kita juga tidak bertujuan menghukum karakter-karekter dalam kisah ini, kita cuma melihat dari luar sahaja. Sebab-sebab mereka lakukan apa yang mereka lakukan hanya Allah yang mengetahui.

1. Karakter utama , walaupun mengharungi pelbagai ujian, tetapi tetap tidak berputus asa, hingga mencapai kejayaan.

2.  Karakter utama juga kembali solat dan membaca al Quran – itulah sebaik-baik ubat. Sesat di hujung , kembali ke pangkal jalan.

3. Ibu bapa pemuda – mereka hampa dengan anak yang tidak ‘berjaya’ sekembali dari Amerika , tetapi mereka tidak sepatutnya ‘membuang’ anak tersebut.

4.  Peraih kelapa- sentiasa membantu orang dalam kesusahan , walaupun seolah-olah tiada harapan. Allah sahaja yang dapat menilai pertolongan beliau.

5.  Isteri pemuda , menerima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa , akhirnya hidup berjaya dan bahagia.

6. Kawan-kawan pemuda pencuci pinggan sepatutnya sentiasa memberi galakan dan berusaha memperbaiki diri bukan memberi kata-kata negatif.

7. Pegawai Hotel tidak memandang rendah terhadap seorang pencuci pinggan yang meminta jawatan yang lebih tinggi- tetapi berjaya mencungkil bakat terpendam hingga meletakkan pemuda tersebut ditempat yang sepatutnya.

Oleh itu,  ia amat mustahak bagi kita tidak terus menghukum sesuatu, tetapi melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan jangan seskali berputus asa. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar.

Sekian . Terima kasih atas kesabaran anda mengikuti kisah benar ini.

Tuesday, April 21, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 7




Pegawai Perhubungan Awam yang baru pun sibuk menjalankan tugas. Segak bergaya, dengan tali leher dan pakaian kemas- mempamirkan satu keterampilan yang amat berbeza. Ramai yang berselisih dengan beliau, lalu tanpa menyapa, sebab sudah tidak mengenali beliau lagi.

Pihak pengurusan Hotel pula telah mengetahui latar belakang pegawai tersebut, yang pernah belajar di US dan tinggal di sana selama enam tahun.

Segala-galanya tidak sudah tidak menjadi rahasia lagi. Pihak Pengurusan memberi ruang kepada Pegawai Perhubungan Awam yang barunya untuk mempamirkan segala lulkisan beliau semasa di US dulu.

Di Pameran inilah beliau bertemu semula dengan sahabat lama beliau semasa disekolah menengah, dan akhirnya ‘MERAWIKAN’ ( menyampaikan) cerita ini kepada saya.

Mereka kerap berjumpa mengenang kisah lama, kadang-kadang dari selepas solat Isyak hinggalah ke jam satu pagi.Satu drama hidup, kisah benar dan berakhir dengan ‘happy endings’ .

Esok kita akan cuba mencari beberapa pengajaran dari kisah benar ini untuk dijadikan ikhtibar. InshaaAllah. Terima kasih.