Thursday, April 30, 2015

DARI CEMERLANG TERUS MALANG BAHAGIAN 8



Untuk mengakhiri siri kisah benar kita ini, kita akan cuba mengambil beberapa pengajaran dari watak-watak utama dalam cerita ini. Jika ada sebarang kebaikan kita jadikan contoh dan ikutan dan sebarang keburukan kita jadikan sempadan.

Kita juga tidak bertujuan menghukum karakter-karekter dalam kisah ini, kita cuma melihat dari luar sahaja. Sebab-sebab mereka lakukan apa yang mereka lakukan hanya Allah yang mengetahui.

1. Karakter utama , walaupun mengharungi pelbagai ujian, tetapi tetap tidak berputus asa, hingga mencapai kejayaan.

2.  Karakter utama juga kembali solat dan membaca al Quran – itulah sebaik-baik ubat. Sesat di hujung , kembali ke pangkal jalan.

3. Ibu bapa pemuda – mereka hampa dengan anak yang tidak ‘berjaya’ sekembali dari Amerika , tetapi mereka tidak sepatutnya ‘membuang’ anak tersebut.

4.  Peraih kelapa- sentiasa membantu orang dalam kesusahan , walaupun seolah-olah tiada harapan. Allah sahaja yang dapat menilai pertolongan beliau.

5.  Isteri pemuda , menerima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa , akhirnya hidup berjaya dan bahagia.

6. Kawan-kawan pemuda pencuci pinggan sepatutnya sentiasa memberi galakan dan berusaha memperbaiki diri bukan memberi kata-kata negatif.

7. Pegawai Hotel tidak memandang rendah terhadap seorang pencuci pinggan yang meminta jawatan yang lebih tinggi- tetapi berjaya mencungkil bakat terpendam hingga meletakkan pemuda tersebut ditempat yang sepatutnya.

Oleh itu,  ia amat mustahak bagi kita tidak terus menghukum sesuatu, tetapi melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan jangan seskali berputus asa. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar.

Sekian . Terima kasih atas kesabaran anda mengikuti kisah benar ini.

No comments:

Post a Comment