Semalam saya ikut seorang
sahabat mengambil jenazah seorang ibu tua di Kelang. Dia pandu van jenazah
suka-suka saja, katanya. Nak cari tambahan amalan untuk bekal diakhirat nanti.
Dalam perjalanan dia
memberitahu satu pengalaman yang tak dapat dilupakannya. Katanya, sesudah
jenazah seorang bapa dimasukkan kedalam van , TIDAK SEORANG PUN ANAK-ANAKNYA yang
sanggup masuk kedalam van jenazah tersebut, ‘Takut’ kata mereka . Itulah
anak-anak zaman sekarang, kasih kepada ibu bapa berakhir bila ibu- bapa
meninggal.
Yang peliknya mereka tidak
pulak takut pada harta-harta yang ditinggalkan ibu-bapa mereka. Semua habis di
baham, kadang kala sebelum ibu-bapa meninggal lagi.
.Anak-anak mempunyai banyak
tanggung jawab terhadap ibu –bapa , diantaranya:-
1. Menghulurkan bantuan
kewangan dan material.
2. Menyediakan tempat
tinggal.
3. Memberi kasih sayang.
4. Memberi perhatian.
5. Memenuhi permintaan.
6. Melakukan apa yang
disukai.
7. Bercakap dengan lemah
lembut.
8.Menghadiahkan kejayaan.
9. Meluangkan masa
bersama-sama.
10. Mendoakan kebaikan untuk
ibu –bapa dan banyak lagi.
Hati-hati , jangan sesekali melukakan
hati ibu-bapa semasa mereka hidup dan doakan banyak-banyak jika mereka telah
meninggal. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment