Baru-baru ini, sahabat surau
saya pergi ke Tasik Kenyir Trengganu untuk bercuti . Diantara tarikan baru
untuk pelancung disana ialah pusat pemuliharaan gajah.
Pengunjung akan memberi
gajah sepotong tebu, kemudian sebagai balasan gajah akan mencium pipi
pengunjung. Sahabat saya itu pun mencuba tarikan pelancung yang baru itu.
Sesudah dicium gajah, dia
pun pergi minum ABC , tiba-tiba dia terasa sesuatu yang keras memasuki
tekaknya. Rupa-rupanya giginya telah longgar bila di cium gajah tadi lalu
tertelan. Begitulah penangan ciuman kasih seekor gajah.
Tetapi untuk mengeratkan
perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak kita sepatutnya selalu mencium dan
membelai mereka. Kalau tidak perhubungan
kita dengan anak-anak akan bertambah renggang.
Selain itu untuk mengeratkan lagi perhubungan kita
dengan anak-anak kita mestilah:-
1. Jadikan keluarga sebagai
keutamaan.
2. Beri waktu/masa untuk
anak-anak
3. Sering ucapkan “MAAF”
contoh :- a) Saya minta maaf b) Saya
maafkan awak c)Minta maaf pada abang,
kakak, kawan dan lain-lain.
4. Terus amalkan kebersamaan
dalam setiap majlis keramaian , hari raya, solat berjemaah, kenduri dan
lain-lain.
5. Sentiasa bersedia jika
diperlukan anak-anak.
6. Ajar anak mengasihi dan
rasa dikasihi.
7. Gunakan kata-kata positif
dan meransangkan.
8. Puji anak-anak dihadapan
orang dan bila bersendirian .
Cubalah. Kasih sayang dengan
anak-anak anda akan lebih erat dan gigi anda tidak akan tertelan, InshaaAllah.
Terima kasih kerana terus
mengikuti blog ini dan ia sangat bernilai kepada saya.
No comments:
Post a Comment