Pada suatu hari seorang
sahabat saya pergi memancing k e Tasik Kenyir. Dia membeli umpan yang terbaik,
umpan hidup. Cari lokasi yang terbaik, suatu tempat dalam, lubok berhampiran
air terjun. Sewa boat dan ‘guide’ tempatan yang berpengalaman.
Malangnya, sehari suntuk dia
memancing, bukan saja tidak dapat walaupun seekor, tapi ‘menggigit’ pun tidak.
Bayangkan tasik yang lebih besar dari pulau Singapura, dengan ikan yang tak
tahu berapa banyak tidak lansung mendapat tangkapan walaupun seekor.
Itulah rezeki masing-masing
yang di kurniakan Allah . Walau bagaimanapun ada beberapa ikhtiar dan amalan
yang boleh kita lakukan untuk MEMBUKA PINTU REZEKI diantaranya :-
1. Menyempatkan diri
beribadah dan berniat melakukan segala aktiviti kehidupan sebagai ibadah.
2. Memperbanyakkan istighfar.
3. Tinggalkan perbuatan
dosa.
4. Sentiasa ingat Allah SWT.
5. Berbakti dan mendoakan
ibu bapa.
6. Berbuat baik dan menolong
orang yang lemah.
7. Tunaikan hajat orang
lain.
8. Banyak berselawat
9. Banyakkan berbuat
kebajikan
10. Berpagi-pagi mencari
nafkah.
11. Menjalin silaturrahim.
12. Membiasakan menjaga
wudhu.
13. Bersedekah.
14.Membiasakan solat malam (
tahajjud )
15. Mambiasakan solat Dhuha.
16.Bersyukur kepada Allah
SWT.
17. Membaca al Quran
18. Berdoa.
19. Berikhtiar sehabisnya.
20. Bertawakkal.
21. Bernikah.
22. Berakhlak baik.
Pendek kata bagi orang Islam
, untuk murah rezeki kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan taqwa.
Wallahua’alam. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment