Friday, March 27, 2015

PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH





Semalam saya ikut seorang sahabat mengambil jenazah seorang ibu tua di Kelang. Dia pandu van jenazah suka-suka saja, katanya. Nak cari tambahan amalan untuk bekal diakhirat nanti.

Dalam perjalanan dia memberitahu satu pengalaman yang tak dapat dilupakannya. Katanya, sesudah jenazah seorang bapa dimasukkan kedalam van , TIDAK SEORANG PUN ANAK-ANAKNYA yang sanggup masuk kedalam van jenazah tersebut, ‘Takut’ kata mereka . Itulah anak-anak zaman sekarang, kasih kepada ibu bapa berakhir bila ibu- bapa meninggal.

Yang peliknya mereka tidak pulak takut pada harta-harta yang ditinggalkan ibu-bapa mereka. Semua habis di baham, kadang kala sebelum ibu-bapa meninggal lagi.

.Anak-anak mempunyai banyak tanggung jawab terhadap ibu –bapa , diantaranya:-

1. Menghulurkan bantuan kewangan dan material.

2. Menyediakan tempat tinggal.

3. Memberi kasih sayang.

4. Memberi perhatian.

5. Memenuhi permintaan.

6. Melakukan apa yang disukai.

7. Bercakap dengan lemah lembut.

8.Menghadiahkan kejayaan.

9. Meluangkan masa bersama-sama.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu –bapa dan banyak lagi.



Hati-hati , jangan sesekali melukakan hati ibu-bapa semasa mereka hidup dan doakan banyak-banyak jika mereka telah meninggal. Terima kasih.


Wednesday, March 25, 2015

PEMBUKA PINTU REZEKI





Pada suatu hari seorang sahabat saya pergi memancing k e Tasik Kenyir. Dia membeli umpan yang terbaik, umpan hidup. Cari lokasi yang terbaik, suatu tempat dalam, lubok berhampiran air terjun. Sewa boat dan ‘guide’ tempatan yang berpengalaman.

Malangnya, sehari suntuk dia memancing, bukan saja tidak dapat walaupun seekor, tapi ‘menggigit’ pun tidak. Bayangkan tasik yang lebih besar dari pulau Singapura, dengan ikan yang tak tahu berapa banyak tidak lansung mendapat tangkapan walaupun seekor.

Itulah rezeki masing-masing yang di kurniakan Allah . Walau bagaimanapun ada beberapa ikhtiar dan amalan yang boleh kita lakukan untuk MEMBUKA PINTU REZEKI diantaranya :-

1. Menyempatkan diri beribadah dan berniat melakukan segala aktiviti kehidupan sebagai ibadah.

2. Memperbanyakkan istighfar.

3. Tinggalkan perbuatan dosa.

4. Sentiasa ingat Allah SWT.

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa.

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.

7. Tunaikan hajat orang lain.

8. Banyak berselawat

9. Banyakkan berbuat kebajikan

10. Berpagi-pagi mencari nafkah.

11. Menjalin silaturrahim.

12. Membiasakan menjaga wudhu.

13. Bersedekah.

14.Membiasakan solat malam ( tahajjud )

15. Mambiasakan solat Dhuha.

16.Bersyukur kepada Allah SWT.

17. Membaca al Quran

18. Berdoa.

19. Berikhtiar sehabisnya.

20. Bertawakkal.

21. Bernikah.

22. Berakhlak baik.

Pendek kata bagi orang Islam , untuk murah rezeki kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan taqwa. Wallahua’alam. Terima kasih.

Monday, March 23, 2015

CIUMAN GAJAH





Baru-baru ini, sahabat surau saya pergi ke Tasik Kenyir Trengganu untuk bercuti . Diantara tarikan baru untuk pelancung disana ialah pusat pemuliharaan gajah.

Pengunjung akan memberi gajah sepotong tebu, kemudian sebagai balasan gajah akan mencium pipi pengunjung. Sahabat saya itu pun mencuba tarikan pelancung yang baru itu.

Sesudah dicium gajah, dia pun pergi minum ABC , tiba-tiba dia terasa sesuatu yang keras memasuki tekaknya. Rupa-rupanya giginya telah longgar bila di cium gajah tadi lalu tertelan. Begitulah penangan ciuman kasih seekor gajah.

Tetapi untuk mengeratkan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak kita sepatutnya selalu mencium dan membelai mereka.  Kalau tidak perhubungan kita dengan anak-anak akan bertambah renggang. 

Selain  itu untuk mengeratkan lagi perhubungan kita dengan anak-anak kita mestilah:-

1. Jadikan keluarga sebagai keutamaan.

2. Beri waktu/masa untuk anak-anak

3. Sering ucapkan “MAAF” contoh :- a) Saya minta maaf   b) Saya maafkan awak  c)Minta maaf pada abang, kakak, kawan dan lain-lain.

4. Terus amalkan kebersamaan dalam setiap majlis keramaian , hari raya, solat berjemaah, kenduri dan lain-lain.

5. Sentiasa bersedia jika diperlukan anak-anak.

6. Ajar anak mengasihi dan rasa dikasihi.

7. Gunakan kata-kata positif dan meransangkan.

8. Puji anak-anak dihadapan orang dan bila bersendirian .

Cubalah. Kasih sayang dengan anak-anak anda akan lebih erat dan gigi anda tidak akan tertelan, InshaaAllah.

Terima kasih kerana terus mengikuti blog ini dan ia sangat bernilai kepada saya.



Saturday, March 21, 2015

YAKINKAN DIRI




 Baru baru ini di universiti –universiti semester baru saja bermula. Ramai siswa dan siswi yang mendapat keputusan cemerlang dan ramai juga sebaliknya.

Walaupun bagus bagi yang kurang cemerlang untuk bertanya , pengalaman kawan-kawan yang berjaya, tetapi satu perkara yang jarang-jarang dilakukan oleh siswa-siswi ialah bercakap dengan diri sendiri, meyakinkan diri sendiri , meransang diri sendiri. 

Diantara ayat-ayat meyakinkan diri yang dicadangkan ialah :-

1. Saya rasa belajar amat berfaedah

2. Saya penuntut berjaya

3. Saya mampu untuk belajar dan memahami segalanya.

4. Usaha pembelajaran saya membuka pintu kejayaan.

5. Setiap yang saya pelajari sangat berfaedah.

6. Saya yakin, percaya dan berharap pada diri saya.

7. Saya tidak akan sesekali berputus asa.

8. Ilmu dan skill saya , boleh menjadikan saya pelajar cemerlang.

9. Saya berkemampuan dan berkeyakinan untuk melebarkan pemikiran saya untuk berjaya.

10. Usaha dan pembelajaran saya boleh menjadikan saya insan yang lebih baik.

Kata-kata yang meyakinkan ini dapat menggantikan kata-kata negative. Walaupun di sebut sehari sekali, InshaaAllah ia dapat membantu dan mengubah kita kepada insane yang lebih cemerlang. CUBA LAH !

“ DO IT TODAT OR REGRET IT TOMORROW”

Terima kasih dan sila kongsi dengan kawan-kawan jika ada kebaikan.


Thursday, March 19, 2015

AKU ANAK PERAK








Saya dilahirkan di negeri Perak, tapi dah lama menetap di Subang Jaya. Baru-baru ni terbaca coretan di Whatsapp berkenaan asal usul nama nama bandar di Perak yang di pengaruhi bahasa Inggeris. Lojiknya ada, sebab perak memang di penuhi British zaman penjajahan dulu untuk melombong bijih timah. Betulnya belum tahu sebab tiada fakta sejarah.

Tempat saya pun kami gelar Copenhagen ( Gopeng) . Untuk seronok-seronok saja kita perhatikan pengaruh Inggeris dalam menamakan bandar-bandar di negeri Perak:-

Bee Door – Bidor
Troll luck – Trolak
Come Par – Kampar
Lumber Cannon – Lambor Kanan
Chuck at Crewing-  Changkat Krewing
Chuck at Jeering – Changkat Jering
Brew Us – Beruas
Brur Champ – Bercham
Typing – Taiping

Lend Gong – Lenggong
Thrung – Terong
Greek – Grik
Boater – Bota
Loom Mot – Lumut
Go Pink – Gopeng

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui . Sekadar bacaan ringan sahaja.
Terima kasih atas sokongan dan perhatian pembaca semua. 

“YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH TANPA PETUNJUKMU, KAMI BUTA TANPA BIMBINGANMU”