Sunday, September 8, 2013

SELAMAT HARI JADI MUZRI !







Salam Muzri. Papa bersyukur kerana dikurniakan Allah anak saperti Muz. Papa gembira dengan Muz. Walaupun tahun berganti , umur Muz bertambah, Papa masih merasakan Muz adalah ‘Baby’ Papa, disayangi, dimanjakan dan masih dibelai , mungkin tanpa MUz sedari. Dalam peribadi Muz banyak yang menyamai Papa. Tapi harapan Papa , buanglah perkara negatif yang sama dengan Papa, terutamanya sifat tidak sabar.Banyakkan bersabar , kerana itulah sifat kekuatan kita orang Islam yang sebenarnya.



Papa sertakan disini satu cerita untuk renungan bersama:

Suatu hari Ibrahim bin Adham ( wali Allah ) ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata , “Wahai orang tua , andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma, Janganlah menangis kerana ini.” 
 
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada  duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah ? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk kedalamnya? 

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga umur-umur Muz mendatang dikurniakan Allah dengan kesabaran dan keimanan yang lebih mantap. 

From Papa.


Quote of the day



Saturday, September 7, 2013

KEMATIAN TERLALU MURAH RM1,000





Baru-baru ini dilapurkan dalam akhbar upah untuk menembak mati manusia di Malaysia cuma RM 1,000. Manakala akhbar Singapura pula berjenaka dengan mengatakan kematian amat murah selamat datang ke Malaysia.




Bagi kita umat Islam, kita yakin dengan kematian. Ia datang tidak cepat dan tidak lewat, walaupun sesaat. Tapi perkara yang kita mesti takuti ialah mati sebelum mati. Ibnul Qayyim Al Jauziyah mengatakan bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga kriteria:

1. Qalbun Salim ( hati yang sehat )
Hati yang baik pula ialah hati orang yang beriman . Hati ini sentiasa hidup, bersih, penuh ketaatan dengan cahaya terang dan dikatakan sebagai ‘nafsu mutmainah’ (jiwa yang tenang)

2. Qalbun Mayyit ( hati yang mati)
Hati ini sepenuhnya dibawah  kekuasaan nafsu. Sentiasa sombong pada Allah , tidak mahu beribadah kepadaNya. Ia melakukan sesuatu keputusan saperti menolak menegah, membenci sesuatu kerana hawa nafsunya.

3. Qalbun Maridh ( hati yang sakit )
Riya’  , hasrat ingin di puji, hasad, dengki, ghibah, sombong dan tamak. 


Walaupun kematian tetap tiba , tapi elakkan hati kita dari mati sebelum mati.


Quote of the day




Friday, September 6, 2013

SELAMAT BELAJAR ANAK-ANAKKU




Sebelum menghantar anak saya ke UNIMAS dengan teksi dari hotel di Kuching, saya meminta izin untuk menasihat dia. Saya tak mahu berceramah panjang didalam teksi. Saya menasihati anak saya supaya :
 
1. Solat diawal waktu

2. Awasi  pergaulan

3. Labuhkan tudung

4. Banyak memberi dari menerima

5. Hormati Pensyarah dan kawan-kawan

6. Aktif dalam kokurikulum

7. Belajar bersungguh-sungguh demi Islam

Saya tambah dengan satu Hadis  dari Anas r.a katanya “Rasullullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dianggap sebagai orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali” Riwayat Tirmidzi hadis Hassan

Nasihat yang agak panjang untuk penuntut tahun pertama university telah saya ‘post’ dalam landakmuda.blogspot bertajuk ‘DEMAM IPT’ 

Terima kasih kalau sudi panjang-panjangkan kepada kenalan anda.



Quote of the day