Tuesday, April 6, 2010

KELANGSANGAN MEDIA 2

Sejak sakit selama sebulan ini otak tidak berfungsi dengan baik , badan pun tidak berdaya untuk menulis. Itulah sebabnya saya sudah beberapa hari tidak menulis.

Kesan buruk kelangsangan media di seluruh dunia memang tidak dapat di nafikan lagi . Ada satu kumpulan di Amerika yang mengatakan siri "Barbie" di tv itu pun boleh mendatangkan kesan pisikologi yang buruk kepada kanak-kanak. Di antara kesannya ialah kanak-kanak akan merasa rendah diri ( inferior) kerana tidak memiliki kecantikan dan ciri-ciri istimewa "Barbie" . Kanak-kanak yang menonton juga terdedah kepada adegan-adegan cinta pada umur yang tersangat awal melalui episod-episod "Barbie" tersebut.

Di negara kita pula banyak kelangsangan media yang telah mempengaruhi penonton-penonton terutama anak-anak kecil . Di Sabah umpamanya seorang anak telah melakonkan adegan "Superman" dengan melompat dari sebuah bukit. Akhirnya beliau meninggal. Di Semenanjung pula seorang budak telah menembak jirannya dengan menggunakan pistol ayahnya . Jiran itu telah meninggal.
Di akhbar Berita Harian pada 8/3/06 satu artikal bertajuk "Kerana vcd lucah adik di rogol , abang di penjara. " . Artikal ini telah menceritakan seorang abang merogol adiknya yang berumur 17 tahun sebanyak 12 kali atas pengaruh vcd lucah .


Di Amerika Syarikat pula satu kajian telah di buat tentang kesan kelangsangan media . Pada tahun 2001 terdapat 20,000 pembunuhan , 75,000 kes rogol, dan 600,000 kes serangan fizikal yang di pengaruhi oleh kelangsangan media .

Di Asia pula pada tahun 2002 , terdapat 20 peratus dari kes zina , 24 peratus dari kes pornografi , 21 peratus kes sex sebelum nikah dan 35 peratus dari kes juvana adalah dari pengaruh kelangsangan media .

Banyak lagi statistik yang boleh di perturunkan di sini tetapi memadailah kalau saya katakan pengaruh media sekarang ini sudah menjadi parah . Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengawal dan mempastikan anak-anak dan keturunan kita tidak menjadi mangsa kepada kelangsangan media . CEGAH SEBELUM PARAH.

2 comments:

  1. salam,

    nak kongsi sajak ni. Bila frust suka baca.

    ONE ART

    The art of losing isn't hard to master;
    so many things seem filled with the intent
    to be lost that their loss is no disaster,

    Lose something every day. Accept the fluster
    of lost door keys, the hour badly spent.
    The art of losing isn't hard to master.

    Then practice losing farther, losing faster:
    places, and names, and where it was you meant
    to travel. None of these will bring disaster.

    I lost my mother's watch. And look! my last, or
    next-to-last, of three beloved houses went.
    The art of losing isn't hard to master.

    I lost two cities, lovely ones. And, vaster,
    some realms I owned, two rivers, a continent.
    I miss them, but it wasn't a disaster.

    -- Even losing you (the joking voice, a gesture
    I love) I shan't have lied. It's evident
    the art of losing's not too hard to master
    though it may look like (Write it!) a disaster.

    Elizabeth Bishop

    ReplyDelete
  2. Salam Sheikh,

    Sekadar renungan bersama...

    Semuanya berpusat kepada Iman.

    Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 122:

    Maksudnya: "Adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keaadannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar samasekali daripadanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan".

    Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, marilah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita, menyiram dan membaca melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Dalam ibadat umum dengan menerapkan konsep ihsan dalam kerja-kerja harian kita, iaitu meyakini sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat apa yang kita lakukan walaupun kita tidak melihatnya. Selain itu bersikap ikhlas dan jujur serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja ia juga berusaha untuk melakukan penambah baikkan yang berterusan.

    Begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadat khusus. Dengan membiasakan yang sunnah, akan dapat memelihara yang wajib. Dengan meninggalkan yang makruh akan dapat menghindari yang haram. Dari segi makan minum pula bukan sahaja ia memastikan yang halal tetapi baik, yakni berkahsiat. Falsafahnya bukan hidup untuk makan, tetapi makan untuk menjaga kesihatan supaya dapat berbakti kepada Allah SWT Kerana dari makan minumlah punca segala penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani.

    Sebagai manusia biasa, kita selalu mudah untuk membuat rawatan penyakit jasmani, tetapi bagaimana dengan usaha mengesan dan merawat penyakit rohani kalau kita sentiasa dilalaikan dengan kesibukkan bekerja, keseronokkan bersukan dan keasyikkan berhibur? Hanya iman sahajalah yang dapat memandu dan menentukan jalan yang benar. Anak kuncinya ialah ilmu, maka sekurang-kurangnya hadirilah majlis-majlis ilmu dan belajarlah secara berguru dengan guru-guru yang dimaklumi. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

    Ayuh kita war-warkan fomula ini kepada semua umat, insyaallah.

    ReplyDelete