Thursday, April 3, 2014

HIDAYAH - MARY ANN





Apakah yang dimaksudkan dengan Hidayah. Didalam Al Quran Allah berfirman dalam separuh ayat Surah Al Kahfi dengan maksud :

“.......... sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah , maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan, dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sesekali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan ( jalan yang benar ) kepadanya.”

Oleh itu kita amat-amat digalakkan supaya sentiasa memohon hidayah Allah sama ada untuk diri kita atau orang-orang yang kita sayang.

Beruntunglah seorang Tionghua yang dulunya beragama Buddist  sekarang telah di beri Allah hidayah untuk kembali kepada Islam. Kita ikuti pengalaman beliau :



Semoga ia dapat meransang kita supaya mengajak ramai orang kepada Islam.
 
Terima kasih kerana bersama saya memikirkan sesuatu untuk Islam.






Wednesday, April 2, 2014

PERKARA PERKARA YANG PERLU DI JAUHI WANITA




Kemudahan WhatsApp yang kita gunakan sekarang boleh mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Bahan-bahan lucah seolah olah bertaburan di dunia ini dan telah memasuki mesjid dan surau. Pernah baru baru ini jemaah tersenyum senyum melihat bahan lucah semasa Ustaz berceramah.

Walau bagaimanapun kalau WhatsApp ini digunakan dengan betul , ia banyak manafaatnya , saperti tajuk di atas yang saya terima pagi tadi :

1. Menyambung ramput palsu.

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan ( bersolek di depan lelaki yang bukan mahram )

5. Membuka rahsia hubungan suami isteri

6. Berpuasa sunat tanpa izin suami

7. Derhaka pada suami

8. Meminta ceria tanpa sebab yang jelas

9. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

10. Bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram

11. Menyerupai lelaki

12. Meratapi kematian

13. Mempercayai dukun dan peramal

14. Meminta cerai kerana suami nikah lagi

15. Tidak bertegur sapa sesama Muslim

16. Menyumpah anak-anak sendiri

Gunakanlah segala kemudahan yang anda miliki semata-mata hanya kerana Allah SWT.

Terima kasih atas waktu anda.






Tuesday, April 1, 2014

CARA CARA MENDEKATI ALLAH : BAHAGIAN 3





Dulu semasa isteri saya bertugas dengan MAS , dia selau terserempak dengan pelatih-pelatih Pramugari. Mereka ini dilatih untuk sentiasa senyum kepada sesiapa yang di temui , hinggakan dalam tandas pun mereka akan mengucapkan salam kepada orang Islam yang mereka temui. Satu latihan untuk komersial. Tetapi dalam Islam kita digalakkan untuk sentiasa senyum , hingga senyum ini di kira sebagai ibadah.

Berikut adalah sambungan cara-cara kita untuk mendekati Allah :

17. Senyum kepada semua orang yang di izinkan oleh Islam. Senyuman anda membawa erti yang besar kepada mereka dan anda akan di beri ganjaran pahala.

18. Maafkan , lupakan dan senyum selalu. 

19. Peluk ibu bapa anda , cium tangan dan dahi mereka . Taat pada mereka kecuali yang bercanggah dengan kehendak Allah.

20. Air mata bukan untuk wanita sahaja. Menangislah semasa mengingati Allah .

21. Kalau anda di kritik , muhasabahlah diri anda. Betulkan jika ada kesilapan , lupakan kalau semua nya ok.

22. Baca Al Quran setiap hari bersama terjemahannya. Renung maksudnya juga.

23. Jangan terpedaya dengan pujian dan glamour anda , semuanya tidak kekal.

24. Jangan memandang rendah pada manusia lain, mereka mungkin lebih mulia di sisi Allah dari kita.

25. Sebarkan risalah ini kepada semua kenalan anda semoga mereka juga akan turut mendampingi Allah. Turut dengan doa juga untuk mereka.

Kita saksikan ceramah oleh Syeikh Hasan Ali berkenaan tanda tanda manusia yang rapat dengan Allah :



Cubalah sedaya upaya supaya sentiasa mengingati dan mendekati Allah, mudah mudahan kita sentiasa dalam mendapat kasih sayangNya.

Terima kasih atas masa yang anda luangkan , kerana amat bernilai untuk kita semua.