Wednesday, April 3, 2013

SAMSENG



Hari ini genap umur anak kucing saya 1 bulan 13 hari . Tetapi perangainya seolah-olah saperti samseng. Dia kerap mencari gaduh dengan kucing-kucing yang jauh lebih tua dari dia, mungkin ada yang pangkat datuk kepadanya.Ada kucing-kucing dewasa tersebut lari, tak mau bergaduh. Ada yang melihat saja perangai budak mentah ini. Ada kucing tua tersebut yang mungkin menyebut “kalau aku gigit kepala budak ni, hancur macam kepala ikan nanti”


Pada hakikatnya , sikucing kecil ini tidak erti makna bahaya. Dia tidak tahu dengan siapa yang dia lawan. Tak sedar siapa dia sebenarnya dibandingkan dengan kucing-kucing yang jauh lebih besar, lebih kuat itu.Pendek kata anak kucing itu tidak berilmu hingga meletakkan dirinya dalam bahaya.



Begitu juga manusia , mereka meletakkan diri mereka dipinggir neraka dengan melawan Allah. Manusia begitu berani.Melawan Allah dengan meninggalkan segala perintahNya dan melakukan laranganNya . Diantara sebab-sebab mengapa manusia berani melawan Allah ialah :

1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7- Tidak mempercayai qada’ dan qadar Allah malah mempertikainya.

8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

 


10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.


Penyelesaiannya ? Ilmu , tak lain dan tak bukan , tuntutlah ilmu supaya yang baik itu kita nampak baik dan yang buruk itu kita nampak buruk. Banyakkan juga muhasabah diri. 

Quote of the day

A dream doesn’t become reality through magic, it takes sweat, determination and hard work .

Tuesday, April 2, 2013

MANGGA MANDUL






Baru-baru ini saya terkejut melihat pokok mangga didepan surau telah berbunga. Mengikut pemerhatian pokok tersebut tidak pernah berbuah walaupun umurnya sudah banyak tahun.Mengikut penghuni rumah tersebut yang juga jemaah surau dia telah mencuba ‘petua’ yang dipelajarinya beberapa tahun dulu. ‘Petuanya’ adalah saperti berikut:

1. Cantas beberapa dahan pokok tersebut

2. Selawat pada Nabi s.a.w sebelas kali

3. Tepuk pokok tersebut dengan tapak tangan juga sebelas kali

Kemudian jangan lupa berdoa , memohon kepada Allah semoga hajat anda dimakbulkan . Cubalah, kalau anda mempunyai pokok buah-buahan yang mandul . Dengan izin Allah semuanya boleh jadi. Yang penting jangan putus asa, dan jangan berhenti berdoa.

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi ( perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan”.

 Lalu Baginda ditanya oelh seseorang : 

“Apa maksudnya meminta dipercepatkan?”

Jawab Baginda:

“Umpama seseorang itu berkata dalam doanya, aku berdoa , aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan , lalu aku putus asa dan berhenti berdoa”

Dulu –dulu sesudah mendapat anak pertama , saya begitu lama tidak dapat anak kedua . Satu tahun, dua tahun, lima tahun , sepuluh tahun. Akhirnya dengan izin Allah , tahun ke 15  saya mendapat anak kedua . Alhamdulilah . Allah kurniakan dua orang cahaya mata. Tiba-tiba tahun ke 16 , Allah kurniakan seorang lagi. Anak sudah jadi 3 orang .

Kepada anda yang masih belum Allah kurniakan cahaya mata, teruskan berikhtiar . Teruskan memohon pada Allah . Allah maha mengetahui bila doa kita akan dimakbulkan .Cuba tetap cuba.

Quote of the day

Everything has beauty, but not everyone sees it

Monday, April 1, 2013

AKU MEMOHON PADA ALLAH







UNTUK:

Mencantikkan akhlak ku

Membersihkan jiwaku

Memperindahkan perangaiku

Mengubahsuai tabiatku

Menguatkan ibadahku

Memuliakan persahabatanku

Memudahkan hidupku

Menyatukan keluargaku

Menggilapkan niat baikku

Mengukuhkan pemikiranku

Menyemarakkan usahaku

Mengenali kesilapanku

Menghangatkan kasih sayangku

Mengurangkan sengsaraku

Mengampunkan dosaku

Mempertingkatkan peribadiku

Memantapkan ucapanku

Membatalkan kejahilanku...
..
SUPAYA AKU BOLEH MEMULIHKAN HIDUPKU 


Quote of the day

Joy blooms where mind and hearts are open