Tuesday, August 5, 2014

PAKEJ ASTRO VS PAKEJ SOLAT BERJEMAAH




Ramai orang bertanya apa sibuk-sibuk ajak solat berjemaah. Sama saja dengan solat di rumah , sorang-sorang.Mana boleh sama! Pakej Astro yang RM 40 mana sama dengan RM 100 , sebagai contoh. Pakej Astro yang mahal tu anda boleh tengok 24 jam , masih tak habis cerita.
YANG UTAMA : Rasullullah SAW telah beri warranty “Solat berjemaah itu lebih afdhal ( baik ) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 

Warranty ini bukan saja International , tapi laku dunia dan akhirat. Lagi pun bila kita pergi ke Mesjid atau Surau untuk solat berjemaah kita mudah untuk melakukan perkara-perkara yang berikut :

1. Solat sunat Rawatib

2. Membaca Al Quran

3. Zikir

4. Sedekah

5. Majlis ilmu

6. Berukhwah dan silaturrahim

7. Dapat berita masyarakat sakit atau meninggal

8. Buat networking

9. Dapat bergotong royong membersih Mesjid

10. Berpeluang untuk mengetahui kelas pengajian untuk anak-anak dan isteri.

11. Memudahkan pengurusan  jenazah jika ada kematian ahli keluarga atau kita sendiri.

Banyak lagi yang terdapat dalam ‘offer’ pakej berjemaah ini, di samping pahala perjalanan dan ujian semasa ke Mesjid. Ambillah peluang ‘pakej’ ini , nikmatnya akan anda rasai di dunia lagi ,InshaaAllah . 

Terima kasih atas perhatian anda.








No comments:

Post a Comment