Saturday, August 30, 2014

TAHAJJUD




Mengapa perlu solat Tahajjud. Banyak hujjah Al Quran dan Hadis Rasullullah SAW. Diantara sebabnya di nukilkan dibawah :

1. Bangun kerana Allah.

2. Meyakini keagungan Allah.

3. Rasullullah SAW juga mengajak solat malam.

4. Menjiwai kemanisan iman yang di nikmati ulamak terdahulu.

5. Mendidik jiwa lebih rendah hati.

6. Meyakini Allah melihat dan mendengar doa anda.

7. Menjiwai bagaimana kesusahan Rasullullah SAW mempraktikkan solat malam.

8. Untuk merenung sifat dan kesungguhan mereka yang bangun malam.

9. Mengetahui Allah suka pada mereka yang bangun solat malam.

10.Mengingati yang Rasullullah SAW tidak lupa solat malam walaupun sakit.

Untuk mengetahui kebaikan solat malam ikuti video seterusnya :



Diantara 100 sebab yang telah dicatitkan , kita gunakanlah beberapa sebab yang boleh buat kita istiqamah dengan Tahajjud. Terima kasih. 








Friday, August 29, 2014

TAWAKAL PART 2




Di antara kebaikan bertawakal adalah saperti berikut :

1. Walau apapun ujian yang dihadapi , seseorang akan terus sabar dan redha.

2. Mereka yang faham konsep takdir dan tawakal tidak akan di ganggu perasaan marah atau mempersoalkan kakikat keputusan Allah.

3. Memahami takdir juga tidak akan membuat seseorang melakukan yang haram untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Mereka yang takwa juga tidak akan menyelesaikan masalah dengan usahanya sendiri sahaja nalah sentiasa berdoa kepada Allah.

5. Pengamal takwa juga tidak akan mendabik dada atas penyelesaian masalah tetapi bersyukur dan faham ia adalah bantuan Allah semata-mata.

Untuk memahami TAWAKAL ini dengan lebih lanjut kita ikuti penerangan Ustaz Ebit Lew yang dipetik dari Radio Ikim 



Terima kasih dan manafaatkanlah ilmu anda dengan menyampaikannya kepada orang lain.










Thursday, August 28, 2014

TAWAKAL





Tawakal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah , baik berkaitan urusan dunia atau akhirat. Dalam satu hadis , Rasullullah SAW bersabda dengan maksud :

“ Andaikan kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya , nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian saperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang petang hari dengan perut kenyang” (Hadis hasan sohih)

Untuk memahami konsep TAWAKAL sebenarnya, kita ikuti cerita melalui video berikut :



Mudah mudahn tawakal dan keyakinan kita akan bertambah dari hari kesehari. Terima kasih atas waktu yang anda gunakan untuk menambah ilmu untuk mencari kebenaran yang mendalam.








Wednesday, August 27, 2014

SOMBONG PART 2




Hari ini kita sambong sedikit cerita tentang SOMBONG . Takut- takut kita terlaku perbuatan yang terkutuk tersebut. Diantara celaan bagi orang sombong ialah :

1. Melanggar perintah Allah

2. Menjadi penghuni neraka.

3. Orang sombong akan dihina di dunia lagi.

4. Hati terkunci dari kebenaran.

5. Mendapat tempat paling buruk di Neraka.

6. Tidak diajak bicara oleh Allah.

Allah berfirman dengan maksud :

“Aku akan belokkan dari ketenanganKu orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran”. ( Surah al-A’raf :146 )

Perhatikan bahan tambahan menerusi video berikut :

1. The cure for Pride – Islamic Reminder



2. Satan Made Haram look beautiful 



Mudah mudahan memberi manafaat kepada kita semua. Lebih bermanafaat kalau kita sebarkan risalah ini. Terima kasih kerana mengorbankan masa anda kerana Allah. 








Tuesday, August 26, 2014

KIAMAT




Kiamat wajib di percayai semua umat Islam. Ada dua tanda –tanda kiamat:

1. TANDA –TANDA BESAR , di antaranya :

Hijau bumi Arafah

Lahir ramai anak-anak zina

Muncul Nabi-Nabi palsu

Muncul Imam Mahdi

Turunnya Nabi Isa dan banyak lagi.

2. TANDA-TANDA KECIL

Penaklukan Baitul Muqaddis

Zina bermaharaja lela

Pemimpin terdiri dari orang jahil dan fasik

Bermaharaja lela alat musik

Menghias Mesjid dan membanggakannya.

Ahli ibadat jahil dan fasik juga tanda-tanda yang sudah banyak berlaku

Kiamat memang tidak boleh dibayangkan kedasyatannya. Tapi manusia dengan andaian dan imaginasi mereka telah membuat banyak filem berkenaan kiamat. Diantaranya kita petik dua video-clip berikut :

1. Maut bisa terjadi – kapan saja



2. Sign of Qiyamah ( doomsday sign in Islam )



Gambaran manusia ini pun sudah cukup menggerunkan kita inikan pula kiamat yang sebenar. Segerakanlah  bertaubat dan terima kasih atas perhatian anda.