Saturday, July 26, 2014

TIPS KESELAMATAN PULANG RAYA


Pencegahan

Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

Kereta

1. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.

2. Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.

3. Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.

4. Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.

5. Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.

6.  Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

Terima kasih. Di petik dari tulisan Dr. Norraliza Md Zain.











No comments:

Post a Comment