Sunday, July 27, 2014

TERCAPAIKAH OBJEKTIF RAMADHAN ANDA ?




OBJEKTIF PUASA:

Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA ( Al Baqarah: 183 )

TAQWA mengikut Ali Bin Abi Talib :

1. Takut kepada azab dan murka Allah

2. Yakin teguh dengan apa yang di turunkan   ( seluruh inti Al Quran)

3. Redha dengan sedikit ( nikmat dunia )

4. Sedia menghadapi hari pemergian (kematian)

Sama –samalah kita melihat sama ada objektif Ramadhan kita kali ini telah tercapai atau sebaliknya.

Selamat menyambut Hari Raya , Maaf Zahir Batin dari saya . Terima kasih.







Saturday, July 26, 2014

TIPS KESELAMATAN PULANG RAYA


Pencegahan

Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

Kereta

1. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.

2. Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.

3. Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.

4. Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.

5. Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.

6.  Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

Terima kasih. Di petik dari tulisan Dr. Norraliza Md Zain.











Thursday, July 24, 2014

LAILATUL QADAR : MASIH BELUM TERLAMBAT




Mana tahu kalau rezeki kita untuk bertemu dengan Lailatul Qadar mungkin  Allah beri kita peluang pada tiga malam terakhir ini. Tapi jangan sia-siakan peluang keemasan tersebut, buatlah persiapan yang rapi, diantaranya :

1. Luangkan banyak masa untuk Allah

2. Iktikaf di Mesjid

3. Amalkan doa khas ini :

“Ya Allah Engkau adalah pemaaf dan suka memaafkan , maka maafkan aku” (Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi)

4. Merenung makna Al Quran

5. Berdoa semoga dosa dihapuskan

6. Buat senarai doa peribadi.

7. Amalkan Doa panjang, Ikhlas dan mendalam .

8. Berbuka dengan keluarga.

Allahu Akbar . Sama-sama kita berdoa supaya kita di pertemukan dengan Lailatul Qadar Ramadan ini. Inshaa Allah dan terima kasih.







Wednesday, July 23, 2014

HIDUP ADALAH BELAJAR









Belajar bersyukur meski kurang

Belajar ikhlas meski terasa berat

Belajar taat meski kadang tak ingin

Belajar memahami meski tak sehati

Belajar bersabar meski terbebani

Belajar menghargai meski tak di hargai

Belajar tulus meski tersakiti

Belajar jujur meski tak di percaya

Belajar mendengarkan meski tak di dengar

Belajar memberi meski tak punya

Belajar merawat meski sakit

Belajar membahagiakan meski sedih

Belajar tersenyum meski tak sanggup

Belajar memaafkan meski marah

Maka dari itu Belajar adalah suatu pilihan terbaik.






Tuesday, July 22, 2014

HARAPAN LAILATUL QADAR





Bila Allah menerima doa-doa di malam Qadar , semoga doa anda adalah salah satu daripadanya .

Bila Allah mengampuni manusia ,semoga anda adalah salah seorang daripada mereka.
Apabila Allah melimpahkan rahmatNya , semoga anda dapat menerimanya.

Dan bila anda bertemu dengan sahabat-sahabat dan saudara-saudara di Syurga , semoga saya adalah salah seorang daripada mereka . Amin. 

Terima kasih . Semoga Allah menerima doa kita.








Monday, July 21, 2014

RAMADHAN : PANAS DAN DAHAGA




Hari ini adalah hari yang paling dahaga dan panas di bulan Ramadhan tahun ini mengikut perasaan tekak saya.  Ada beberapa cara untuk mengelakkan dahaga yang amat sangat di bulan Ramadhan , diantaranya:

1. Jangan berbuka dengan Jus.

2. Yang pasti minum air kosong saja.

3. Minum dua gelas ( 8 ounce) air setiap sahur.

4. Berbuka setiap malam dengan satu atau dua gelas ( 8 ounce) bersama kurma.

5. Bawa bekalan air jika anda solat tarawih.

6. Sediakan air di bilik tidur. Anda perlu minum beberapa kali setiap malam.

7. Tidak perlu minum empat gelas berturut-turut sekali gus.

8. Makan makanan yang banyak mengandungi air.

9. Jangan terlalu terdedah di bawah matahari.

Puasa tak berapa hari lagi . Jagalah puasa anda dengan penuh amalan. Terima kasih.