Tuesday, January 19, 2010

Phd DALAM PENDIDIKAN SUAMI DAN ISTERI


Hari Sabtu lalu saya meraikan anak-anak ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 di Shah Alam . Sambutan nampaknya mengalakkan hingga kami terpaksa berhimpit-himpit dari satu booth ke yang lain meneliti beberapa kursus yang disediakan .


Tetapi sesudah melawati semua booth pengajian tinggi , tidak satu pun yang menyediakan kursus diploma atau ijazah untuk berumah tangga. Patutlah dalam satu kursus ibu tunggal diKalumpang dulu saya bertemu dengan satu kumpulan ibu tunggal yang amat ramai. Saya rasa masalah perceraian ini senang untuk dibendung kalau kita tahu kunci kebahagian rumah tangga itu.


Baru-baru ini saya terjumpa satu buku karangan Dr Juanda Jaya bertajuk "Suami Mithali Isteri Sejati" yang amat baik untuk dijadikan rujukan , harga pun berpatutan . Diantara tip kebahagian rumah tangga yang diberi ialah :-


*.PANDAI MEMBANGKITKAN GHAIRAH SUAMI


Isteri biasanya mesti disiplin ,menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Jangan berikan diri anda kotor dan berbau kerana akan menyebabkan stress . Sabda Baginda S.A.W bermaksud "Sebaik-baik isteri kamu ialah yang paling kuat menjaga kehormatannya dan pandai membangkitkan syahwat suaminya " ( Hadis riwayat Al-Dailami ).


* REDA DAN CERIA WALAU APA JUA KEADAAN SUAMI


Berhias itu wajib bagi anda ketika dirumah , saat menemani makan, melayari internet berdua , dan saat-saat bersamanya. Apabila suami bangun tidur alangkah bahagianya jika ia melihat bidadari syurga ( isterinya) itu telah mendakapnya dengan haruman yang paling sedap , sarapan yang paling nikmat dan wajah yang ceria.


Tapi sayang ada setengah suami tidak berterus terang jika melihat kekurangan isteri. Suami akan menyalahkan isteri bila dia nak cari yang lain. Jadi isteri-isteri perlu pandai memainkan peranan .


SELAMAT MENCUBA MALAM INI !

2 comments:

  1. selamat hari ahad
    singgah sini jap....hehe....
    selamat berblogging....


    ____________________________________
    dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini....

    ReplyDelete
  2. salam....information yang berguna...kami dah pun beli buku tu...memang sangt2 berguna...panduan untuk mereka yang berumah tangga...

    ReplyDelete